115) KUTIPAN SAMPAH DAN PEMBERSIHAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Siapakah yang bertanggungjawab dalam memantau perkara ini dan senaraikan jadual yang dibuat bagi semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor ?
-
Jelaskan sistem pemantauan yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Alam Flora
115) PREMIS MAKANAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan secara terperinci melalui Jabatan Agama Islam Negeri (JAIS) ataupun Majlis Agama Islam (MAIS) statistik berhubung premis halal yang telah diluluskan di negeri ini.
-
Sila senaraikan juga berapakah bilangan premis yang telah diambil tindakan kerana tidak mematuhi arahan Kerajaan Negeri.
-
Berapakah anggota atau pegawai penguatkuasa yang terlibat di negeri ini untuk memastikan pematuhan oleh premis-premis ini?
115) PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Bila Kerajaan Negeri Selangor akan menjalankan kajian berkaitan Pembangunan Semula Bandar terutama kawasan yang berusia 30-40 tahun?
-
Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi kawasan-kawasan lama tersebut?
-
Bila akan dimulakan projek perintis tersebut dan di mana pilihan tapak projek?
115) CADANGAN KENAIKAN KADAR AIR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah alasan utarna yang menyebabkan bekas Kerajaan Negeri Selangor memeterai perjanjian membenarkan pihak syarikat SYABAS menaikkan kadar air setinggi 37% pada 1 HB Jan 2009 ?
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap kadar kenaikan tersebut ?
-
Adakah faktor Non- Revenue Water (NRW) yang berjaya dikurangkan juga diambil kira dalarn pertimbangan kenaikan kadar tersebut ?
115) PERUMAHAN MAMPU MILIK
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Apakah perbezaan dan naik taraf kualiti yang membezakan antara rumah mampu milik dan rumah kos rendah ?
-
Berapa banyak sasaran kerajaan negeri membina rumah mampu milik menjelang akhir tahun 2011 ? Sila pecahkan mengikut daerah
-
Berapa banyak keluarga / isi rumah yang memerlukan rumah di negeri Selangor ?
-
d) Berapa banyak peruntukan yang diperlukan untuk memenuhi dasar rumah mampu milik kerajaan negeri ?
115) BANTUAN KEBAJIKAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapa peruntukan kewangan untuk pemberian kebajikan bulanan di keluarkan oleh JKM kepada kategori miskin dari 2013-2017 mengikut DUN dan kaum?
-
Berapa jumlah penerima dari golongan miskin ini semenjak 2013-2017 mengikut DUN dan kaum?
-
Apa faktor-faktor penambahan atau pengurangan jumlah penerima dari golongan di atas, sila nyatakan?
115) SENI PENTAS NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan dalam memartabatkan seni pentas di Negeri Selangor?
-
Adakah kerajaan boleh mempertimbangkan cadangan pembinaan satu daerah satu dewan teater?
115) PASUKAN PENYELAMAT
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menubuhkan satu pasukan penyelamat yang diletakkan dibawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan?
115) MASALAH DENGGI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan operasi dan program yang telah dilaksanakan untuk membenteras nyamuk Aedes mengikut pecahan DUN?
-
Berapakah jumlah terkini kes demam denggi yang telah dikenal pasti diseluruh Selangor mengikut pecahan DUN?
-
Nyatakan pecahan kes demam denggi terkini yang melibatkan kemasukan hospital dan kematian.
115) ZON / PRODUK PELANCONGAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Mengikut perancangan pembangunan pelancongan Selangor, apakah zon-zon pelancongan yang ada dan produk-produk yang ditawarkan?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk terus mempromosikan produk pelancongan sedia ada dan membangunkan produk pelancongan baru?