12) PUSAT PELANCONGAN PELABUHAN KLANG
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membangunkan Pekan Pelabuhan Klang yang kini seperti pekan tinggal kepada pusat pelancongan yang baru?
-
Apakah usaha-usaha yang telah dijalankan sehingga kini?
12) PERHENTIAN BAS SUNGAI BESAR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan di mana tapak sebenar perhentian bas Sungai Besar yang baru
-
Adakah tapak perhentian bas Sungai Besar yang lama milik kerajaan negeri dan kepada siapakah tapak tanah tersebut diserahkan serta berapakah bayaran premium untuk setiap meter persegi?
-
Sila huraikan apakah projek yang diluluskan oleh kerajaan di atas tapak perhentian bas tersebut. Berikan butir-butir
12) PEMBERIAN KONTRAK DAN BEKALAN OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kontrak dan bekalan yang dikeluarkan oleh PBT di Negeri Selangor tiap-tiap tahun dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Berapakah bilangan kontrak yang dikeluarkan oleh PBT di Negeri Selangor tiaptiap tahun, dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Dari jumlah bilangan kontrak dan bekalan yang dikeluarkan oleh PBT di Negeri Selangor, berapa kontrak dan bekalan diberi kepada syarikat bumiputera dan juga bukan bumiputera?
12) EKONOMI GIG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah prestasi program BikeCare-1000 Negeri Selangor?
-
Sejauh manakah Inisiatif Roda Darul Ehsan (RIDE) benar-benar menjadi pemangkin kerjaya jangka panjang anak-anak muda Selangor?
12) PERKEMBANGAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan seterusnya dalam rancangan ini dan penglibatan ADUN-ADUN dalam perlaksanaannya
12) KEBAJIKAN PENJAJA OKU
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah pihak kerajaanm bersedia untuk memberikan diskaun sewaan gerai milik PBT kepada penjaja-penjaja yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya?
-
Adakah Kerajaan Negeri memberikan apa-apa keistimewaan kepada golongan orang kurang upaya untuk menjalankan perniagaan di negeri ini?
-
Berapakah jumlah penjaja OKU yang menyewa gerai-gerai milik PBT di Negeri Selangor?
12) PELANCONGAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah kerajaan negeri merancang untuk mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelancongan utama?
-
Apakah strategi pemasaran yang akan digunakan untuk menarik pelancong domestik dan antarabangsa?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri akan meningkatkan infrastruktur dan kemudahan untuk pelancong?
13) KENAIKAN FI PERNIAGAAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapakah kenaikan pendapatan yang diperolehi oleh pihak PBT di Negeri Selangor hasil dari kenaikan FI ini ?
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk menyemak polisi kenaikan FI lesen perniagaan ini ?
-
Apakah rasional pihak Kerajaan untuk menaikkan FI lesen perniagaan ini.?
13) GELANGGANG FUTSAL BELIA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah gelanggang futsal di seluruh Negeri Selangor mengikut DUN?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri?
13) USAHAWAN KECIL NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri memperkenalkan kursus untuk usahawan kecil? Mohon senaraikan nama kursus dan bilangan penyertaan.
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memberikan ruang dan peluang kepada usahawan kecil bagi membawa produk mereka ke peringkat yang lebih tinggi?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan kelebihan kepada peserta-peserta daripada Pusat Wanita Berdaya (PWB) untuk memohon bantuan perniagaan seperti Skim Mikrokredit Usahawan dan Blueprint Pembasmian Kemiskinan?