115) PEMELIHARAAN BUDAYA & EKONOMI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha kerajaan dalam menubuhkan Pusat Inovasi Kulinari untuk menggalakkan usahawan kulinari?
-
Adakah kerajaan telah meneliti inisiatif untuk mempromosikan makanan Malaysia dan memelihara tradisi kulinari tempatan?
-
Adakah kerajaan bercadang memperkenalkan panduan makanan atau anugerah khas untuk restoran bagi menarik minat pelancong ke Selangor?
115) PEMBAKARAN HARAM
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Pembakaran tempurung secara haram di tapak-tapak tanah persendirian semakin berleluasa. Apakah tindakan tegas dan sepatutnya yang boleh di ambil oleh PBT dan PTD ke atas pengusaha-pengusaha ini kerana walaupun kompaun telah dikenakan ianya tidak berkesan.
115) ISU KESELAMATAN DAN INFRASTUKTUR DI JALAN BESAR, SERI KEMBANGAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Jalan ini masih menggunakan pembahagi jalan batu, ia memberi kesan keselamatan kepada pengguna jalan. Bilakah JKR akan menaiktaraf pembahagi jalan ini?
-
Longkang di sepanjang jalan telah rosak dan jatuh, ia menyebakan banjir kilat serius. Bilahkan JKR akan menaiktaraf longkang ini?
115) KURSUS TVET DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kursus-kursus di Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi di Negeri Selangor.
115) PUSAT DIALISIS RAKYAT
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah Pusat Dialisis Rakyat yang telah beroperasi sepenuhnya?
-
Berapa ramaikah pesakit yang telah didaftarkan melalui program ini? Sila pecahkan mengikut Dun.
-
Berapa banyak lagikah Pusat Dialisis yang masih belum beroperasi dan apakah masalah yang menyebabkan ianya masih tertangguh?
115) STATUS PROJEK LONGKANG FASA 4 DITUKAR KEPADA DUA LOKASI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
-
Projek fasa 4 longkang di Kampung Hala Cara Baru Parit 16, apakah status terkini 2 lokasi tersebut?
-
Projek telah pun bermula 24 Oktober 2024, bilakah tarikh dijangka siap?
-
Berapa jumlah kos projek setiap lokasi?
115) BANJIR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Beberapa bahagian dari Pekan Bangi hingga ke Jalan Reko, Bangi Ð Kajang sering berlaku Banjir apabila hujan turun agak lebat. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya banjir?
-
Bagaimanakah cara mengatasinya ?
-
Apakah rancangan jangka panjang bagi mengatasi banjir di tempat-tempat di atas?
115) SKANDAL PKFZ
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan yang dapat dimainkan oleh Kerajaan Negeri dalam mengambil tindakan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)?
115) PENGHUTANGAN CUKAI TANAH OLEH ANAK SYARIKAT
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Terdapat anak-anak syarikat kerajaan Negeri Selangor yang tidak menjelaskan cukai tanah mereka kepada kerajaan negeri dan merupakan penunggak-penunggak yang terbanyak berjumlah lebih kurang RM 143,770,000. Sila nyatakan jumlah yang di hutang oleh setiap anak syarikat secara terperinci.
-
Setakat ini berapa banyak Notis Borang 6A mengikut seksyen 97 Kanun di atas dan merayu tanah mereka di bawah seksyen 100 Kanun Tanah Negara oleh Pejabat Tanah Daerah di seluruh Negeri Selangor dari tahun 2005-2007?
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah ini?
115) NAIK TARAF MDKL KE MAJLIS PERBANDARAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini usaha dan permohonan untuk menaik taraf Majlis Daerah Kuala Langat kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat?