114) GARIS KEMISKINAN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan berniat untuk mengkaji semula garis kemiskinan Selangor?
-
Memandangkan bahawa perbezaan kos sara hidup di bandar dan desa adalah besar walaupun kedua-dua tempat di dalam Selangor. Adakah garis kemiskinan baru akan ditetapkan mengikut status bandar atau desa?
114) KEWANGAN NEGERI
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah faktor-faktor dan sumber berlakunya peningkatan akaun amanah disatukan kepada RM1,031.25 juta pada tahun 2011?
-
Apakah sebab-sebab wang tunai susut kepada RM390.89 juta pada tahun 2011 berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya?
-
Apakah faktor-faktor dan sumber berlakunya peningkatan pelaburan kepada RM1,553.11 juta pada tahun 2011?
114) BILLBOARD UNTUK WAKIL RAKYAT
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menetapkan satu piawaian standard pembinaan billboard untuk semua wakil rakyat?
114) SUMBANGAN TERUS DARIPADA MBI MELALUI PEKAWANIS
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Bilakah sumbangan perayaan dalam bentuk tunai akan terus diberikan dan bukannya pendahuluan dari ahli PEKAWANIS?
114) KUNCI AIR SUNGAI AUR, JALAN BANTING, PANDAMARAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Apakah cadangan dari JPS untuk menambahbaik kunci air Sungai Aur untuk mengurangkan kekerapan banjir kilat?
114) BADAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Mohon badan kebajikan masyarakat mempermudahkan sistem kemaskini data permohonan supaya pembayaran seterusnya boleh dibuat dengan segera kepada penerima yang layak
114) GERAI-GERAI HARAM DI TAMAN SERAYA TEPI JALAN MAWAR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Apakah status gerai-gerai tersebut
-
Kenapakah gerai-gerai ini tidak dipindah? Apakah halangannya
-
Sejak bila gerai-gerai yang haram sudah berada di tapak tersebut.
114) IKLAN HARAM
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah iklan haram yang telah diturunkan pada 2015 mengikut PBT?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri mengekang peningkatan jumlah iklan haram di Selangor?
-
Berapakah perolehan hasil denda daripada iklan haram yang dipungut oleh PBT sama ada melalui saman atau tindakan mahkamah?
114) FATWA OLEH JABATAN MUFTI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah proses mengeluarkan sesuatu fatwa?
-
Bagaimana dipastikan fatwa yang dikeluarkan ditaati?
-
Senaraikan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sejak 2006-2010
114) PARAS GARIS KEMISKINAN MAKANAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
PGK Makanan mentakrifkan keperluan harian kalori setiap individu mengambil kira makanan seimbang dan berkhasiat. Selangor sebagai negeri maju dan menuju smart state, apakah PGK Makanan yang telah dicapai?