114) LESEN TOL DI DUN MERU
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan lesen TOL yang telah diberikan kepada individu di DUN Meru bersama kedudukan tanah tersebut.?
-
Berapakah bilangan penerima lesen TOL di Meru yang telah menyewakan semula tanah tersebut kepada pihak lain ?
-
apakah tindakan yang telah diambil oleh Pejabat Tanah Daerah Klang terhadap mereka ini?
114) PEMBINAAN PINTU GERBANG DI PANDAMARAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri telah bersetuju pada awal tahun ini supaya membina pintu gerbang di Jalan Besar Pandamaran atas sumbangan Kerajaan Negeri tetapi sehingga kini pembinaan masih belum dimulakan. Bila pintu gerbang tersebut akan dibina?
114) TABUNG AMANAH DUN MERU
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan tabung Amanah yang dikendalikan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Klang dan berapakah jumlah bagi setiap tabung Amanah itu?
-
Apakah senarai projek yang telah dilaksanakan di bawah pembiayaan tabung Amanah mengikut setiap kategori sejak 5 tahun yang lepas?
114) PENERIMA KISS
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Berapakah penerima KISS yang telah diberhentikan apabila penjajaran semula dibuat?
-
Antara mereka yang diberhentikan, berapakah mempunyai pendapatan kurang daripada RM2000? Sila beri pecahan mengikut DUN.
114) TANAH WAKAF
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak luas tanah wakaf yang telah dan belum didaftarkan di negeri Selangor?
-
Apakah penggunaan dan hasil yang didapati dari tanah tersebut?
-
Apakah perancangan kerajaan negeri bagi memajukan tanah tersebut?
114) BENTENG PENGHALANG PASIR DI MUARA SG SEKINCHAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilakah JPS akan memulakan kerja-kerja memanjangkan benteng penghalang pasir yang sedia ada?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diluluskan?
-
Sila nyatakan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang JPS untuk mengurangkan masalah timbunan pasir di muara Sungai Sekinchan?
114) PEMBANGUNAN LEMBAH JAYA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri akan merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan di Lembah Jaya?
-
Adakah terdapat insentif untuk menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan ini?
114) DEWAN DI TAMAN PERMAINAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah kemajuan kerja permohonan mendirikan dewan orang ramai terbuka di taman permainan Bandar Baru Selayang?
114) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri melalui KDEBWM untuk mengkaji semula penambahan dalam menempatkan tong sampah besar (large wheel bin) di kampung - kampung tradisi bagi mengelakkan pembuangan sampah domestik ke sungai?
-
Nyatakan perancangan pihak Kerajaan Negeri dalam pengedaran tong sampah besar (large wheel bin) di taman - taman perumahan dan kawasan komersial bagi tujuan menyambut kempen kesedaran bersempena Tahun Melawat Selangor 2025?
114) PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN DI KAWASAN PEMBANGUNAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan PBT untuk memastikan pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan dan lebih efektif bagi mengatasi jalan-jalan yang rosak dan kotor akibat penggunaan kenderaan berat bagi projek pembangunan di seluruh Negeri Selangor?
-
Apakah jenis kompaun yang boleh dikenakan oleh PBT?