113) PELUPUSAN KENDERAAN TERBENGKALAI
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah prosedur yang diterima pakai oleh PBT untuk mengatasi masalah kenderaan terbengkalai sekarang dan bagaimana ianya perlu ditambahbaik untuk mempertingkatkan kecekapan PBT melupuskan kenderaan terbengkalai yang semakin bertambah sehingga depoh PBT sudah semakin tepu?
113) KOLAM RENANG KOMPLEKS SUKAN PANDAMARAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status projek naiktaraf kolam renang kompleks sukan pandamaran.
-
Berapakah kos yang dicaj kepada swasta untuk mengendalikan kolam ini?
-
Nyatakan tempoh kontrak yang diberikan kepada swasta.
113) KAEDAH PEWARTAAN DAN PENYAHWARTAAN STATUS HUTAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Apakah kriteria yang digunakan dalam mewartakan status hutan?
-
Berapakah kategori hutan yang disenaraikan di dalam pewartaan
-
Apakah jenis-jenis hutan yang boleh diterokai dan ditebang serta dibenarkan bagi sebarang aktiviti manusia?
113) SUKAN DAN REKREASI BAGI ANAK-ANAK OKU
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai program untuk membangunkan kawasan sukan dan rekreasi bagi kanak-kanak OKU?
-
Senaraikan kemudahan-kemudahan ini jika ada?
-
Berapakah peruntukan oleh Kerajaan Negeri bagi membangunkan kemudahan ini bagi tahun 2016?
113) SUKAN SUKMA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah persediaan kerajaan negeri untuk sukan SUKMA yang akan datang?
-
Apakah jenis sukan yang menjadi sasaran untuk dimenangi dalam SUKMA akan datang?
113) VOUCHER YANG TIDAK DAPAT DISAMPAIKAN KEPADA PENERIMA
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah pemberian voucher yang tidak dapat disampaikan kepada bilangan yang telah disasarkan pada tahun 2021?
114) KAD PEDULI SIHAT
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Berapa peratus kad peduli sihat masih aktif berbanding permohonan yang telah lulus?
114) BENTENG PENGHALANG PASIR DI MUARA SG SEKINCHAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilakah JPS akan memulakan kerja-kerja memanjangkan benteng penghalang pasir yang sedia ada?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diluluskan?
-
Sila nyatakan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang JPS untuk mengurangkan masalah timbunan pasir di muara Sungai Sekinchan?
114) GARIS KEMISKINAN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan berniat untuk mengkaji semula garis kemiskinan Selangor?
-
Memandangkan bahawa perbezaan kos sara hidup di bandar dan desa adalah besar walaupun kedua-dua tempat di dalam Selangor. Adakah garis kemiskinan baru akan ditetapkan mengikut status bandar atau desa?
114) JAMBATAN PUALU KETAM
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana Kerajaan Negeri dapat bantu untuk mendapatkan peruntukan yang besar untuk pembaikan jambatan satu, Pulau Ketam akibat peruntukan rm500,000.00 tahun lepas tidak mencukupi?