113) KESAN HAKISAN PINGGIR PANTAI
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Apakah strategik dan perancangan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kesan hakisan pinggir pantai untuk menyelamatkan flora dan fauna ?
113) PAIP PERHUBUNGAN BEKALAN AIR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Apakah cadangan Kerajaan Negeri terhadap paip perhubungan bekalan air yang usianya melebihi 50 tahun dan berkarat (jenis GI 20mm) di kampung-kampung baru yang menyebabkan tekanan air dikawal oleh Syabas dan penduduk tidak dapat menikmati bekalan air yang mencukupi untuk kegunaan biasa?
113) PEMBINAAAN PROJEK LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2 DI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan dan status pembinaan terkini untuk membina Projek Loji Rawatan Air Langat 2 di Negeri Selangor?
-
Sila menyatakan lokasi pembinaan dan maklumat terperinci pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 di daerah Hulu Selangor.
113) KUMPULAN PERANGSANG SELANGOR BHD (KPSB)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan KPSB pada tahun 2017?
-
Nyatakan kedudukan kewangan terkini KPSB
113) PENJAWAT YANG BERKHIDMAT DI PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
-
Adakah penjawat-penjawat yang berkhidmat di Pusat Khidmat Masyarakat di bawah lantikan Dewan Negeri dilindungi oleh PERKESO?
113) PROGRAM KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kad KISS yang telah dikeluarkan mengikut DUN
-
Nyatakan jumlah kedai dan pasaraya yang berdaftar untuk program KISS.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk program KISS memandangkan sambutan yang sangat baik daripada kaum ibu?
113) POLIS KOMUNITI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah berkemungkinan kerajaan negeri mengusahakan dan memperluaskan ÒPolis KomunitiÓ yang dibiayai kerajaan negeri sebagai inisiatif bagi membanteras jenayah yang semakin membimbangkan ? Sila nyatakan dengan terperinci perancangannya.
113) PENAIKTARAFAN KUNCI AIR 51 DI JALAN PAPAN PANDAMARAN KE PINTU AIR OLEH JPS
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Apakah status projek penaiktarafan kunci air 51 di Jalan Papan Pandamaran ke pintu air oleh JPS?
-
Apakah jumlah perbelanjaan bagi projek tersebut?
-
Dua (2) pam yang kini dipasang di kunci air 51 tersebut semakin lemah. Apakah rancangan untuk mengatasi masalah tersebut?
113) PELAN TINDAKAN MENCEGAH BANJIR DI DUN SELAT KLANG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan kawasan Selat Klang dikatakan di bawah paras laut, apakah pelan tindakan bagi mengelakkan banjir berlaku di DUN Selat Klang?
-
Sila sertakan jadual kerja bagi menjayakan pelan tersebut serta jabatan dan agensi terlibat serta badan pemantau progress kerja.
113) GERAN SELANGORKU
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri dalam Bajet 2012 mengumumkan Geran ÔSelangorku' dengan jumlah RM300 juta bagi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Bagaimanakah prestasi perolehan geran RM300 juta tersebut dan berapakah jumlah yang telah dikumpul?
-
Apakah sumber-sumber yang digunakan oleh anak syarikat negeri (GLC) untuk menjana pendapatan tersebut?