113) STATUS PERMATANG KUARZA GOMBAK SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah status semasa pencalonan Permatang Kuartza Gombak Selangor di Kelang Gate sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO?
113) PELAJAR UNISEL
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kemasukan pelajar ke UNISEL dari 2016-2018 mengikut kursus?
-
Nyatakan jumlah graduan UNISEL dari 2016-2018 mengikut kursus?
113) MEDAN SELERA DAN GERAI MILIK PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah pendekatan Kerajaan Negeri Selangor bagi mewujudkan lebih banyak medan selera dan gerai bawah PBT untuk mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi kepada peniaga kecil?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai peruntukan khas untuk menaiktaraf gerai dan medan selera milik PBT yang usang?
113) GERAI UNIT PERANCANGAN EKONOMI NEGERI (UPEN)
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Berapakah perbelanjaan yang digunakan untuk membina gerai UPEN?
-
Berapakah gerai UPEN yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor? Sila berikan butir-butir mengikut kawasan DUN
-
Sila nyatakan penyewa-penyewa gerai UPEN di kawasan DUN Teratai
113) PASUKAN TASK FORCE TANAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini pasukan tersebut dan senaraikan nama pegawai-pegawai yang terlibat?
-
Sila senaraikan isu-isu tanah kritikal yang telah berjaya diselesaikan oleh pasukan tersebut ?
-
Sila nyatakan apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkasakan peranan pasukan tersebut ?
113) MEWUJUDKAN AMBULAN KOMUNITI KE FASILITI KESIHATAN KEPADA GOLONGAN SASAR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
-
Disebabkan utara Selangor ini tergolong kawasan menua, bolehkah diwujudkan ambulan komuniti seperti yang wujud pada bomba / polis komuniti bagi menjimatkan kos pengangkutan ke fasiliti kesihatan kepada golongan sasar?
113) MASJID KG MELAYU BATU 16 RAWANG
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah kemajuan permohonan pihak masjid Kg Melayu Bt 16 Rawang untuk mendapatkan kelulusan tanah kubur Baharu milik PDRM?
113) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan pemeriksaan dan pemantauan ke atas kilang - kilang yang berisiko melakukan pembuangan sisa toksik ke sungai bagi mencegah pencemaran air sungai berlaku?
-
Nyatakan operasi bersepadu yang melibatkan Jabatan Alam Sekitar bersama agensi - agensi lain yang terlibat.
113) SUKAN DAN REKREASI BAGI ANAK-ANAK OKU
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai program untuk membangunkan kawasan sukan dan rekreasi bagi kanak-kanak OKU?
-
Senaraikan kemudahan-kemudahan ini jika ada?
-
Berapakah peruntukan oleh Kerajaan Negeri bagi membangunkan kemudahan ini bagi tahun 2016?
113) PELANCONGAN PERINDUSTRIAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk membangunkan pelancongan perindustrian yang berskala seluruh negeri?
-
Jika ada, adakah satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan di bawah Selangor Tourism untuk mengkaji strategi terhadap cara pelancongan yang baru ini? Bagaimanakah ADN-ADN yang berminat menyumbangkan idea dan usaha?