113) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Pengurusan pusat wanita berdaya masih kurang memuaskan selepas idea telah dibangkitkan oleh ADN-ADN. Apakah penambahbaikan yang akan dilakukan demi meningkatkan prestasi pengurusan PWB?
113) PEMBANGUNAN DAN PEMBINAAN RUMAH INDIVIDU TANAH LOT PERTANIAN OLEH PEWARIS PENAMA DAN PEMEGANG AMANAH DALAM ZON PERUMAHAN PERANCANGAN BANDAR MPK. KURANG KEMAMPUAN PEMILIK TANAH UNTUK MEMATUHI PROSEDUR KEBENARAN MERANCANG OLEH MPK ATAS SEBAB KEWANGAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah pembangunan rumah individu ini dapat dilaksana dengan syarat minima kemudahan infra jalan dan parit bersaiz kecil?
-
Bolehkah semakan syarat dan tambahan syarat minima bagi lot-lot tradisi supaya penempatan tersusun dan terancang?
113) PERINDUSTRIAN PELANCONGAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah pelan induk dan strategi Kerajaan Negeri untuk menarik lebih ramai lagi pelancong tempatan dan pelancong asing melawat ke negeri Selangor?
-
Manakah kawasan pelancongan telah diiktiraf oleh Kerajaan Negeri sebagai destinasi pelancongan rasmi?
113) NAJIS DADAH YANG BERLELUASA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan statistik terkini jumlah penagih-penagih dadah di Negeri Selangor mengikut pecahan kaum dan daerah.
-
Sila kemukakan butiran terperinci mengenai berapakah ramai pembekal-pembekal dadah yang ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah dari tahun 2008 hingga bulan Jun 2009.
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan para remaja begitu mudah terjebak dengan najis dadah.
113) SYARAT-SYARAT KETAT TERHADAP SYARIKAT-SYARIKAT KEMUDAHAN AWAM YANG MENGOREK JALAN PBT
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan akan mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat terhadap syarikat-syarikat kemudahan awam yang memohon daripada PBT untuk menggorek jalan kerana kerja-kerja pemulihan kurang memuaskan dijalankan oleh kontraktor-kontraktor mereka?
-
Bagaimana kerajaan memantau kualiti kerja yang dijalankan oleh kontraktor-kontraktor ini?
113) PELABURAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperoleh oleh Negeri Selangor bagi tahun 2013 secara perbandingan dengan tahun 2012?
-
Sila nyatakan bagaimanakah prestasi dan kedudukan Negeri Selangor dalam memperoleh pelaburan bagi tahun 2013 secara perbandingan dengan negeri- negeri lain
-
Sila nyatakan apakah insentif dan pendekatan proaktif yang dilakukan bagi menarik minat lebih ramai pelabur asing?
113) KAWASAN HIJAU
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memelihara kawasan hijau di DUN Sementa daripada pembangunan tidak terkawal?
113) KG KEMENSAH LOKASI REKREASI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sebarang perancangan untuk menjadikan Kg Kemensah, Hulu Kelang sebagai sebuah lokasi rekreasi Negeri Selangor atas sifatnya yang mempunyai pelbagai daya tarikan pelancongan rekreasi?
113) PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Berapa bilangan atlet yang berjaya masuk dalam program pembangunan sukan Negeri Selangor dan berapa kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan?
-
Apa jenis sukan yang diutamakan oleh Kerajaan dalam program ini?
-
Berapa peratus adalah atlet wanita?
113) PEMBINAAAN PROJEK LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2 DI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan dan status pembinaan terkini untuk membina Projek Loji Rawatan Air Langat 2 di Negeri Selangor?
-
Sila menyatakan lokasi pembinaan dan maklumat terperinci pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 di daerah Hulu Selangor.