113) KG KEMENSAH LOKASI REKREASI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sebarang perancangan untuk menjadikan Kg Kemensah, Hulu Kelang sebagai sebuah lokasi rekreasi Negeri Selangor atas sifatnya yang mempunyai pelbagai daya tarikan pelancongan rekreasi?
113) HADIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG UPSR, PMR DAN SPM
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan negeri bercadang untuk memberi sumbangan hadiah kepada mereka yang cemerlang dalam PMR dan SPM?
-
Selain dari wang ringgit, apakah bantuan-bantuan lain yang boleh diberikan kepada pelajar-pelajar UPSR?
113) BANCIAN TANAH TERBIAR DI KAWASAN SEMPADAN NEGER
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keluasan tanah terbiar yang terletak di sempadan antara Selangor dengan Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri lain?
-
Apakah kategori kawasan tanah tersebut?
-
Berapakah nilai hasil di segi premium atau hasil cukai jika diuruskan secara optimum?
113) MASALAH BARU MENCAPAI IMUNITI KELOMPOK
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Peningkatan peratus imuniti kelompok (80%) boleh berlaku disebabkan tidak cukup efikasi vaksin yang digunakan dan terdapat varian yang lebih kuat. Apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menghadapinya?
113) INSAN SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah permohonan Program Insan.
-
Berapakah yang telah diluluskan?
-
Berapakah yang tidak diluluskan dan nyata sebab-sebab permohonan ditolak?
113) PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Berapa bilangan atlet yang berjaya masuk dalam program pembangunan sukan Negeri Selangor dan berapa kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan?
-
Apa jenis sukan yang diutamakan oleh Kerajaan dalam program ini?
-
Berapa peratus adalah atlet wanita?
113) MASALAH TANAH DI BAGAN SEKINCHAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan status terkini proses kelulusan permohonan pewartaan tanah lorong 6 hingga lorong 12 Bagan Sekinchan ?
-
Sila nyatakan apakah kekangan dan permasalahan yang dihadapi oleh pihak Kerajaan sehingga terpaksa mengambil masa yang begitu panjang untuk meluluskan permohonan tanah tersebut ?
-
Sila nyatakan kapan permohonan kelulusan pemberimilikan secara pelupusan tanah tersebut dapat dijalankan ?
113) PEMBINAAAN PROJEK LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2 DI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan dan status pembinaan terkini untuk membina Projek Loji Rawatan Air Langat 2 di Negeri Selangor?
-
Sila menyatakan lokasi pembinaan dan maklumat terperinci pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 di daerah Hulu Selangor.
113) PENJAWAT YANG BERKHIDMAT DI PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
-
Adakah penjawat-penjawat yang berkhidmat di Pusat Khidmat Masyarakat di bawah lantikan Dewan Negeri dilindungi oleh PERKESO?
113) PROGRAM KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kad KISS yang telah dikeluarkan mengikut DUN
-
Nyatakan jumlah kedai dan pasaraya yang berdaftar untuk program KISS.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk program KISS memandangkan sambutan yang sangat baik daripada kaum ibu?