112) JAMINAN KESELAMATAN PBT
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Terdapat inisiatif untuk menambah CCTV dan pegawai penguat kuasa dalam manifesto PRU-13 Pakatan untuk keselamatan di kawasan majlis tempatan. Apakah status akhir pelaksanaan inisiatif ini?
-
Nyatakan syarikat kontraktor yang akan menguruskan projek CCTV ini dan rasional pemilihan mereka?
-
Nyatakan statistik keberkesanan inisiatif ini dalam menjamin keselamatan awam di kawasan PBT?
112) MEWUJUDKAN SEMULA PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan mewujudkan semula Pilihanraya Kerajaan Tempatan di Selangor?
-
Apakah sebab dan kesulitan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri untuk berbuat demikian?
112) TUNTUTAN AIR PERCUMA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Pihak tertentu memperalatkan penduduk rumah pangsa menuntut kemudahan air percuma. Setakat ini, berapakah jumlah rumah pangsa yang masih belum menikmati 20m3 air percuma?
-
Apakah masalah yang menghalang mereka menerima air percuma?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah mereka?
112) PRESTASI UNISEL
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi enrolmen pelajar dan kewangan UNISEL tahun 2013 berbanding 2012 hingga 2008?
-
Nyatakan jumlah bidang dan peringkat pelajar yang menamatkan pengajian dari 2008 hingga 2013?
-
Apakah langkah-langkah jangka pendek dan panjang untuk meningkatkan prestasi UNISEL?
112) MEMBUKA KAMPUNG BARU MELAYU
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat didalam perancangan kerajaan untuk membuka kampung baru melayu terutamanya di dalam kawasan yang mempunyai populasi penduduk masyarakat melayu yang tinggi?
-
Jika ada dimanakah kawasan itu?
-
Apakah kriteria/ syarat yang perlu ada untuk kampung baru melayu dibuka?
112) GELANGGANG BOLA KERANJANG BERBUMBUNG DI TAMAN SELATAN KLANG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Adakah MBDK dapat membina sebuah gelanggang bola keranjang berbumbung di padang Jalan Palas, Taman Selatan Klang?
-
Nyatakan tarikh akan dilaksanakan jika ya.
-
Nyatakan sebab-sebab jika tidak.
112) TAJAAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR TERHADAP PELAJAR DI TIMUR TENGAH
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Sejak 2001 hingga kini, berapakah jumlah pelajar di Timur Tengah yang ditaja oleh LZS?
-
Apakah bidang-bidang keutamaan yang diberi tajaan?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan kepada mereka?
112) KPI SEBAGAI PENILAIAN PEMBERIAN SUMBANGAN KHAS KERAJAAN NEGERI SEPERTIMANA DASAR YANG DIPUTUSKAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Adakah pemberian sumbangan khas baru-baru ini berdasarkan prestasi KPI penjawat Awam Selangor?
-
Bagaimanakah prestasi Penjawat Awam Selangor berdasarkan penilaian setengah tahun 2019?
112) PENERIMA PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Bertulis
-
Pecahan jumlah penerima semua Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di dalam kawasan Dewan Negeri Seri Andalas sejak dari bermulanya program ini dilaksanakan?
112) PROGRAM IMUNITI KELOMPOK DI TURKI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Turki berjaya mencapai imuniti kelompok tercepat. Ini dilakukan dengan adanya khidmat vaksinasi bergerak, kawalan pergerakan dan perintah berkurung. Apakah faktor-faktor ini boleh dipertimbangkan untuk Negeri Selangor?