111) INVEST SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan 10 pelaburan terkini di Selangor hasil daripada lawatan Invest Selangor ke luar negara
-
Senaraikan 10 pelaburan terkini di Selangor yang bukan hasil daripada lawatan Invest Selangor ke luar negara
-
Berapakan perbelanjaan untuk lawatan promosi Invest Selangor ke luar negara untuk lima tahun yang lepas?
112) RANCANGAN TEBATAN BANJIR – SUNGAI PELEMPAS KAMPUNG MELAYU SUBANG DAN SEKITAR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apakah kerja-kerja yang masih tertangguh (jika ada) untuk memastikan masalah banjir di Kampung Melayu Subang tidak berulang lagi?
-
Apa tanggungjawab atau kerjasama masyarakat yang boleh dilakukan bagi mengurangkan atau menyelesaikan masalah banjir tersebut?
112) ISU ECRL DI HUTAN SIMPAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Berapakah keluasan projek ECRL akan ambil untuk projek tersebut dan apa kesannya kepada alam sekitar dan pemeliharaan fauna dan flora di hutan simpan berkenaan?
-
Berapakah jumlah pampasan yang diterima untuk jajaran tersebut dalam hutan simpan?
112) PRESTASI UNISEL
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi enrolmen pelajar dan kewangan UNISEL tahun 2013 berbanding 2012 hingga 2008?
-
Nyatakan jumlah bidang dan peringkat pelajar yang menamatkan pengajian dari 2008 hingga 2013?
-
Apakah langkah-langkah jangka pendek dan panjang untuk meningkatkan prestasi UNISEL?
112) Dasar Gated Dan Guarded
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Penggunaan kad akses (automatik) hanya boleh dibenarkan sekiranya penyertaan 100% penduduk atau difikirkan wajar mengikut kesesuaian PBT/PTD berkaitan bagi 'Guarded Community' untuk mengelakkan isu dan pemasalahan dikemudian hari. Adakah Kerajaan Negeri berniat untuk merendahkan syarat penyertaan dari 100% ke 80%?
112) KELUASAN TANAH UNTUK KAWASAN PERUMAHAN
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keluasan tanah yang telah dibangunkan untuk pembangunan perumahan di Selangor?
-
Berapakah keluasan tanah yang telah dibangunkan oleh syarikat-syarikat pemaju seperti Eco World, SP Setia, PKNS dan lain-lain?
112) AIR SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan laporan kewangan Air Selangor untuk tahun 2018 hingga 2022.
-
Apakah butiran perbelanjaan dan rancangan untuk projek pembangunan RM30bil dalam rancangan perniagaan Air Selangor?
112) KEBAJIKAN M40 BANDAR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membantu golongan M40 yang turut tertekan dengan keadaan ekonomi sekarang ini?
112) SUMBANGAN ANAK SYARIKAT
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri mempunyai banyak anak-anak syarikat yang terlibat secara langsung dalam aktiviti perniagaan. Nyatakan jumlah wang dan anak-anak syarikat yang telah menyumbang untuk kewangan negeri bagi tahun 2009-2010?
-
Apakah aktiviti anak-anak syarikat dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka dan nilai yang dikeluarkan?
112) KILANG DAN SISA BAHAYA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kilang yang mengeluarkan sisa berjadual yang berlesen di Selangor.
-
Senaraikan semua kilang yang tidak berlesen yang mengeluarkan sisa berjadual.
-
Senaraikan semua kilang yang mengeluarkan sisa radioaktif di Selangor