111) PENCEMARAN UDARA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah kualiti udara yang disebabkan oleh pembakaran terbuka dan jerebu, khususnya semasa musim panas?
111) KECURIAN PASIR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Siapakah yang bertanggungjawab untuk mengawal dan menguatkuasakan aktiviti perlombongan pasir dan adakah pihak-pihak tersebut berkemampuan?
-
Apakah langkah yang betul jika rakyat mahu melaporkan sebarang aduan?
-
Adakah benar kegiatan pencurian pasir atau perlombongan haram ini didalangi oleh kumpulan kongsi gelap?
111) MASALAH KESESAKAN TRAFIK DAN PEMBANGUNAN TAK TERKEKANG DI PETALING JAYA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Adakah pihak Menteri Besar akan melaksanakan penghentian sementara / 'moratorium' sebagai satu langkah untuk mengkaji semula keadaan keseluruhan di Petaling Jaya sebelum melakukan sebarang pembangunan atau pembandaran semula?
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk menangani masalah ini?
-
Pernahkah kajian terperinci dilakukan untuk mengetahui kesan-kesan baik dan/atau buruk, sekiranya pembangunan tak terkekang masih dibenarkan untuk berterusan dan jika ya, apakah penemuan kajian tersebut?
111) PERMOHONAN TANAH
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Masalah permohonan tanah di Kampong Bukit Cherakah belum lagi selesai walau permohonan dibuat lebih 10 tahun. Apakah kriteria yang diambil dalam pemprosesan permohonan tanah ini?
-
Apakah tindakan yang berkesan bagi mempercepatkan permohonan peneroka yang dipohon sejak sekian lama?
111) PENJUALAN TANAH MILIK KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah keluasan tanah milik Kerajaan Negeri yang telah dijual kepada anak-anak syarikat dari tahun 2008-2015.
-
Berapakah harga tanah yang dijual dan perbandingan dengan harga semasa?
111) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini perlaksanaan Projek Rumah Milik di Negeri Selangor ?
-
Sila nyatakan berapakah perbezaan kos pembinaan bagi setiap unit Rumah Mampu Milik di Bandar dan di desa serta berapakah jumlah subsidi yang ditanggung oleh pihak Kerajaan ?
-
Sila senaraikan jumlah bilangan dan lokasi perancangan pembinaan Rumah Mampu milik oleh Kerajaan Negeri dan pihak swasta di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ?
111) RIZAB SIMPANAN WANG DAN HARTANAH PBT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta satu senarai rizab simpanan wang di setiap PBT sejak tahun 2007 hingga sekarang
-
Meminta satu senarai hartanah dan bangunan yang dimiliki setiap PBT sehingga sekarang serta nilai pasaran semasanya
111) PEMERKASAAN BELIA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri menyediakan program latihan untuk meningkatkan pendapatan belia di Selangor?
-
Senaraikan program tersebut dan bilangan belia yang telah terlibat dari 2008 hingga kini mengikut DUN?
111) RUMAH MAMPU MILIK UNTUK GENERASI MUDA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Dalam usaha Kerajaan Negeri untuk menyediakan rumah mampu milik untuk generasi muda, elemen utama ialah pangkalan data kadar nisbah pemilikan rumah. Apakah Kerajaan Negeri sudah mempunyai pangkalan data tersebut dan berapakah rumah mampu milik ini yang akan dibina untuk maksud tersebut?
111) PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KEMUDAHAN PENGINAPAN PELAJAR UNISEL
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Bertulis
-
Apakah keputusan Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian di dalam Isu MBI-Jana Niaga Sdn Bhd yang telah dirujuk kepada Jawatankuasa tersebut pada bulan Mac 2014 kerana kegagalan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) menyelenggara dan mengurus kemudahan penginapan pelajar dan kakitangan UNISEL selaras dengan kontrak perjanjian?
-
Benarkah Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang telah ditamatkan kontrak menyelenggara dan mengurus kemudahan penginapan pelajar dan kakitangan UNISEL selaras dengan kontrak perjanjian, didakwa mendapat pampasan kewangan dan kontrak baru daripada UNISEL pula?