111) PROGRAM AIR PERCUMA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kos perbelanjaan Kerajaan Negeri yang sebenar mengikut tahun sejak program air percuma dilaksanakan pada tahun 2008.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mengkaji semula perlaksanaan program air percuma? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
111) PEMBERSIHAN SUNGAI DAN PEMBANGUNAN TANAH DI TEBING SUNGAI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan pembersihan sungai oleh Kerajaan Negeri khususnya di Lembah Klang?
-
Apa pula perancangan Kerajaan Negeri bagi pembangunan tanah-tanah di tebing sungai di Lembah Klang?
111) ISU PERKUBURAN ISLAM DI BUKIT PERMAI II, DUN TERATAI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Adakah pihak kerajaan akan memperuntukkan zon buffer sebanyak 1 km dari kawasan perkuburan berkenaan demi menjaga pantang sesetengah penduduk setempat
-
Bilakah jalan-jalan alternatif untuk masuk ke kawasan perkuburan akan dibina?
111) SEKTOR PELANCONGAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Pantai Batu Laut merupakan satu pantai yang berada di kawasan Tg Sepat. Pelancongan telah menjadi salah satu sumber ekonomi bagi kawasan ini. Pendapatan yang di peroleh dari sektor ini meningkat dengan banyaknya pada setiap tahun. Apakah perancangan Kerajaan Negeri di dalam meningkatkan sektor ini khususnya bagi kawasan pantai Batu Laut ?
-
Di kawasan Batu Laut, terdapat banyak tanah-tanah milik Kerajaan Negeri dan individu yang tidak digunakan. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan pelancongan ataupun pelancongan yang berkaitan dengan kesihatan/pendidikan?
111) RIZAB SIMPANAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Negeri Selangor mempunyai rizab simpanan yang tinggi mencecah tiga bilion. Apakah rancangan Kerajaan terhadap simpanan tersebut dalam konteks ÒMerakyatkan Ekonomi SelangorÓ?
111) BANGUNAN WARISAN DI PEKAN KKB
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Apakah cadangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor untuk membantu bangunan yang dibina tahun 1930 di pekan KKB yang pernah digunakan sebagai balai bomba tetapi terbiar sejak 2001 supaya tidak terus usang dan dibuka untuk orang ramai melawat.
111) PROJEK HYBRID OFF RIVER AUGMENTATION SYSTEM (HORAS)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini projek Hybrid Off River Augmentation System (HORAS)
-
Berapakah jumlah kos perbelanjaan projek Hybrid Off River Augmentation System (HORAS) sehingga kini?
-
Adakah projek Hybrid Off River Augmentation System (HORAS) menepati matlamat asal pembinaanya?
111) PENYELENGGARAAN SAMPAH KEBUN OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah sampah kebun (Garden Waste) yang dipungut dalam sehari/sebulan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ)?
111) HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berikan perincian status terkini pembangunan di kawasan hutan simpan ini.
-
Bagaimanakah status penggantian hutan simpan ini?
-
Adakah Kerajaan Negeri ada mendakwa mana-mana pihak yang merosakkan hutan ini?
111) MASJID DAN SURAU
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah masjid dan surau di Selangor yang telah berdaftar dan tidak berdaftar bawah JAIS.
-
Adakah kerajaan dapat membantu untuk mendaftar surau/masjid yang tidak berdaftar?