111) SKIM HPIPT ANAK SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Sebagai galakan dan kebajikan kepada pelajar. Bolehkah bayaran dibuka kepada setiap pendaftaran peringkat pengajian Diploma & Ijazah?
-
Adakah halangan untuk menetapkan tempoh 2 minggu kelulusan dan bayaran selepas serahan borang dan dokumen lengkap?
111) SEKTOR PERTANIAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan statistik petani, pekebun sayur dan buah-buahan di daerah Sabak Bernam
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri Selangor terhadap pesawah yang menukar tanaman kepada sayur-sayuran serta buah-buahan?
-
Apakah bentuk bantuan dan subsidi yang disalurkan kepada pekebun sayur dan buah-buahan?
111) INSTITUTE DARUL EHSAN (IDE)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua hasil penyelidikan dan/atau projek IDE bagi tahun 2018 dan 2019.
-
Apakah jumlah perbelanjaan IDE dan berapakah hasil yang dijana selain daripada Kerajaan Negeri?
111) MASJID DAN SURAU
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah masjid dan surau di Selangor yang telah berdaftar dan tidak berdaftar bawah JAIS.
-
Adakah kerajaan dapat membantu untuk mendaftar surau/masjid yang tidak berdaftar?
111) DEKLARASI ASET
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan deklarasi aset terkini Menteri Besar dan EXCO-EXCO Kerajaan Selangor.
-
Sila kemukakan deklarasi aset terkini pegawai-pegawai kerajaan bertaraf gred 48 dan ke atas yang berkhidmat di Selangor
111) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah permohonan Rumah Selangorku yang diterima pada tahun 2014?
-
Berapakah jumlah permohonan yang diluluskan oleh kerajaan negeri pada tahun 2014?
111) LESEN PENIAGA KECIL
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah lesen-lesen yang telah diluluskan oleh PBT bagi peniaga-peniaga kecil di setiap PBT bagi tahun 2010 dan suku tahun pertama 2011.
111) MASJID-MASJID DI SELURUH SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan butiran terperinci berapa buah Masjid di seluruh Selangor yang dalam peringkat perancangan dan bilakah ia akan dimulakan pembinaannya?
-
Bagi memastikan pembinaan masjid ini lama ditangguhkan apakah langkah Kerajaan Negeri bagi menyegerakan pembinaannya yang telah pun mempunyai tanah untuk didirikan?
-
Berapakah anggaran peruntukan terendah dan tertinggi yang dapat disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi kos membaik pulih serta kos penyelenggaraan bagi sesuatu masjid?
111) PROGRAM KEUSAHAWANAN SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah dan inisiatif yang diberikan kepada golongan belia dan ibu tunggal untuk mula berniaga?
-
Nyatakan jumlah usahawan belia dan wanita mengikut kawasan yang telah mengikuti program pinjaman hijrah
111) PRESTASI KONTRAKTOR KUTIPAN SAMPAH MPK DI DUN MERU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kaedah penilaian digunakan bagi prestasi kontraktor kutipan sampah dan pembersihan?
-
Apakah setiap aduan melalui e-mail, sms dan ÔwhatsappÕ kepada pegawai pemantau kawasan diambil kira dalam penilaian prestasi?
-
Berapakah peringkat tindakan diambil mengikut prestasi?