110) BIASISWA KURSUS KEMAHIRAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Apakah bidang-bidang kemahiran yang telah mendapat bantuan biasiswa daripada Kerajaan Negeri?
-
Apakah kriteria yang membolehkan sesebuah Kolej Swasta mendapatkan bantuan biasiswa berkenaan untuk manfaat pelajar di kolej mereka?
110) Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peruntukan dan penerima bagi tahun 2020 yang telah dikeluarkan dalam program SMUE?
110) APLIKASI SELANGKAH
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
-
Adakah maklumat pintar yang diperolehi daripada aplikasi SELangkah berkesan dalam mengidentifikasi pesakit Covid-19 yang telah mengunjungi premis di Negeri Selangor?
-
Bagaimanakah penggunaan aplikasi SELangkah membantu Kerajaan Negeri mengawal penularan wabak Covid-19?
-
Adakah sistem SELangkah telah dilengkapi dengan pengesanan kontak (contact tracing) oleh Jabatan Kesihatan Negeri?
110) GAJI, ELAUN DAN TUNTUTAN KAKITANGAN DAN STAF SOKONGAN PEJABAT MBI
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah gaji asas dan elaun kakitangan?
-
Berapakah tuntutan dalam dan luar negara kakitangan?
-
Berapakah nilai kemudahan-kemudahan lain yang diberikan kepada kakitangan?
110) SANITARY LANDFILL TANJUNG DUA BELAS
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Bilakah landfill ini akan siap sepenuhnya?
-
Berapakah kos yang digunakan untuk landfill ini?
110) PENDIDIKAN PERCUMA
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap fungsi dan peranan PTPTN?
-
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar Òpendidikan percumaÓ peringkat negeri?
-
Adakah kerajaan negeri bersedia memansuhkan yuran di KUIS dan UNISEL?
110) HERBA KUNYIT HITAM
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
MARDI telah membuat penyelidikan dan mengeluarkan produk kapsul herba tersebut. Terbukti khasiatnya mujarab namun harganya juga tinggi. Adakah kerajaan bercadang untuk membantu penanaman kunyit hitam secara komersial bagi menambah pendapatan rakyat?
110) PENGLIBATAN PKNS DALAM PEMBANGUNAN PJ SENTRAL
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Sila jelaskan penglibatan PKNS dalam projek pembangunan PJ sentral dan urusan berkenaan dengan Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) dan Nusa Gapurna
110) BAS SELANGORKU
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan bas yang digunakan bagi setiap laluan di Selangor
-
Nyatakan bilangan pengguna bas bagi setiap laluan di Selangor pada tempoh Januari hingga Jun 2019.
110) IMPLIKASI PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FREE TRADE AGREEMENT, FTA) MALAYSIA, AMERIKA SYARIKAT TERHADAP KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Persekutuan sedang berusaha untuk menandatangani perjanjian FTA bersama Amerika Syarikat. Perjanjian ini akan memaksa Kerajaan Negeri mengurangkan cukai tarif ke atas produk import dari Amerika . Apakah penilaian Kerajaan Negeri terhadap penurunan hasil negeri akibat pengurangan cukai tarif ini?
-
Apakah penilaian Kerajaan Negeri ke atas implikasi perjanjian FTA ini ke atas program kebajikan rakyat seperti kos kesihatan dan ubat , bekalan air 20m3 percuma , gaji minima?
-
Mengikut Perlembagaan Persekutuan Artikel 76(1)(a), Kerajaan Persekutuan boleh melaksanakan Perjanjian FTA ini tanpa persetujuan Kerajaan Negeri. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengawal ataupun menyekat implikasi FTA terhadap rakyat Selangor ?