110) PERUNTUKAN JAIS UNTUK MEMBAIKPULIH MASJID AS SALAM PUCHONG PERDANA
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah peruntukan JAIS untuk membaikpulih Masjid As Salam Puchong Perdana yang telah terlalu uzur?
110) BANTUAN KEPADA GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan tindakan kerajaan negeri bagi mengatasi kemiskinan desa dan kemiskinan Bandar yang semakin meningkat, seterusnya menimbulkan banyak masalah-masalah sosial lain?
-
Bagaimana dapat dilaksanakan Sistem Pemberian Kupon Barangan Asas bagi meringankan bebanan golongan miskin tersebut?
110) KISS (KASIH IBU SMART SELANGOR)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah penerima KISS terkini mengikut pecahan DUN.
-
Apakah kriteria utama untuk penerima KISS ini di kawasan DUN yang mempunyai pemohon yang ramai?
110) PROJEK LANGAT DUA (PERJANJIAN)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Setelah termeterai perjanjian ini, apakah langkah dan tindakan kerajaan supaya tarif air tidak dinaikkan?
-
Apakah jaminan kerajaan?
110) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan projek perumahan yang terbengkalai dan bermasalah mengikut PBT dan apakah tindakan yang telah dilakukan untuk mengatasinya?
110) BAYARAN KEPADA KONTRAKTOR PEMBERSIHAN DI MBPJ
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah harga anggaran per ton sampah yang dibayar MBPJ kepada kontraktorkontraktor pembersihan dan sisa pepejal dan bagaimanakah maklumat-maklumat ini telah diguna dalam mempakej tender, kontrak dan sebutharganya. Sila guna contoh di Zon 19 dan 20.
110) PELABURAN SEKTOR PEMBUATAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Selangor menjadi Negeri kedua tertinggi, mendapat pelaburan sektor pembuatan dalam Malaysia. Siapakah pelabur-pelabur tersebut, adakah semua pelaburan baru atau tambahan daripada pelaburan awal?
110) PAM AIR BERTEKNOLOGI TINGGI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri telah meluluskan RM 10 juta bagi infrastruktur pam air ke Sungai Selangor. Nyatakan lokasi infrastruktur pam air dibina dan pihak yang mengendalikannya?
-
Adakah pembinaan pam air ini berguna untuk jangka masa yang panjang?
-
Adakah pembinaan pam air dan teknologi yang digunakan bertepatan dengan konsep value of money?
110) RUMAH/ KAWASAN TERBIAR YANG DIPENUHI SEMAK SAMUN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Rumah/kawasan terbiar penuh dengan semak samun telah mengakibatkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar. Kerajaan Tempatan (KT) mengalami kesukaran untuk memasuki kawasan tersebut untuk mengambil tindakan. Bolehkah Kerajaan Selangor meminda akta untuk memudahkan KT mengambil tindakan atau langkah proaktif untuk KT?
110) PESAKIT KANSER
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pesakit kanser yang dicatatkan dalam negeri Selangor mengikut jenis kanser.