110) PEMBINAAN BANGUNAN RAKSASA DI ZON INDUSTRI BEBAS HULU KELANG
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Tujuan apakah bangunan ini dibina?
-
Bilakah permohonan dibuat dan bila diluluskan?
-
Adakah had tempoh zon tersebut diwartakan sebagai zon industri bebas?
110) RANCANGAN GALAKAN KEPADA ANAK MUDA MENGGANTIKAN PEKERJA ASING
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan bagi menarik anak-anak muda tempatan yang menganggur menggantikan pekerja-pekerja asing yang terlampau ramai?
-
Adakah kerajaan bercadang dan boleh mengenakan peraturan tertentu kepada majikan di negeri Selangor supaya mengambil pekerja tempatan dari pekerja asing?
110) PRESTASI KEWANGAN SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi kewangan terkini Negeri Selangor dari jumlah dalam Akaun Bersatu dan dalam simpanan Kerajaan Negeri terkini.
-
Senaraikan tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan prestasi kewangan negeri ke tahap yang optimum.
110) PROJEK TEBATAN BANJIR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini projek tebatan banjir di seluruh Daerah Sepang?
110) BANJIR KILAT DI KAWASAN DUN KINRARA PUCHONG
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan negeri dalam menaiktarafkan sistem perparitan di sekitar Kampung Kuala Sungai Baru, Kampung Tengah dan Kampung Kenangan bagi mengelakkan berlakunya banjir kilat ?
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri menerusi PBT dalam mencegah banjir kilat di kawasan sekitar IOI Mall?
-
Apakah punca utama banjir di Taman Bukit Kuchai, Taman Kinrara Seksyen 2 dan Taman Pak Siong yang telah berlarutan selama 20 tahun serta tindakan kerajaan negeri dalam menangani masalah tersebut?
110) PROJEK MENAIKTARAF STADIUM MINI SABAK MENJADI KOMPLEKS SUKAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Bila projek ini akan dimulakan dan bila akan disiapkan?
-
Apakah komponen penting yang terkandung dalam projek pembangunan ini?
110) PRESTASI ANAK SYARIKAT / GLC SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi keuntungan sebelum dan selepas cukai bagi setiap anak syarikat / GLC dari 2008 Ð 2013?
-
Berapakah nilai sumbangan anak-anak syarikat kepada kewangan negeri dari 2008 - 2013?
-
Apakah strategi untuk memastikan setiap anak syarikat mencapai objektif penubuhan dan meraih keuntungan?
110) STATISTIK PROGRAM KITAR SEMULA MPAJ
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik penglibatan aktiviti kitar semula yang dijalankan oleh MPAJ bagi DUN Hulu Kelang?
110) LAWATAN YAB MENTERI BESAR KE LUAR NEGARA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan lawatan-lawatan Y.A.B. Menteri Besar ke luar negara serta tujuannya pada tahun 2016.
-
Nyatakan kos lawatan dan hasil yang peroleh.
110) PERANCANGAN KERAJAAN NEGERI UNTUK WARGA EMAS
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk warga emas memandang Skim Mesra Usia Emas akan hanya dinikmati oleh pewaris atau penama? Sebagai contoh pendaftaran ahli berumur 60 tahun ke atas apabila layak dan diluluskan oleh pihak YAWAS maka berhak menerima RM1,000.00 dan baki RM1,500.00 akan dibayar pada penama selepas warga emas meninggal dunia.