12) PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK)
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah cara Kerajaan Negeri boleh memastikan elaun petugas-petugas yang bertugas di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang rata-rata kini berada bawah paras gaji minima RM1100 dapat dipertingkatkan?
12) RANCANGAN KAWASAN KHAS KUALA KUBU BHARU
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status perlaksanaan Rancangan Kawasan Khas Kuala Kubu Bharu.
-
Nyatakan cadangan-cadangan tindakan dan jumlah peruntukan untuk RKK tersebut bagi tahun 2013, 2014 dan 2015.
12) SKIM SMART SEWA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan penyewa yang menggunakan Skim Smart Sewa bermula 2018 sehingga kini mengikut DUN?
-
Berapakah bilangan bekas penyewa Skim SmartSewa yang telah berjaya membeli rumah?
-
Berapakah bilangan penyewa yang mempunyai tunggakkan bayaran sewaan?
12) PELABURAN ASING DARIPADA EROPAH DAN TIMUR TENGAH
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perbandingan pelaburan asing daripada Eropah dan Timur Tengah berdasarkan jumlah projek, nilai pelaburan dan jumlah pekerjaan yang diciptakan bagi tahun 2011 ?
12) YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan senarai aset yang dimiliki oleh Yayasan Selangor
-
Sila bekalkan butiran kesemua penjualan aset Yayasan Selangor yang berlaku dari 2008 ke 2013: tarikh penjualan, pembeli dan harga penjualan
12) SUMBANGAN INFRA SEKOLAH
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah sumbangan peruntukan infrastruktur sekolah - sekolah di Daerah Kuala Selangor mengikut jenis sekolah pada tahun sejak tahun 2018 hingga 2022?
-
Senaraikan sekolah-sekolah yang telah menerima bantuan infrastruktur Kerajaan Negeri pada tahun 2022 bagi DUN Bukit Melawati dan jumlah diterima.
-
Senaraikan sekolah-sekolah yang telah menerima bantuan CSR dari MBI sejak tahun 2018 hingga 2022 bagi DUN Bukit Melawati dan jumlah diterima.
12) PEMERDAGANGAN MANUSIA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan indeks pemerdagangan manusia Selangor dan statistik kes tersebut?
-
Adakah kewujudan pusat-pusat hiburan haram menyumbang kepada jenayah ini ?
12) AJARAN SESAT
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah ajaran sesat yang telah diambil tindakan sekarang?
-
Apakah bentuk pemantauan yang dilakukan untuk mengelakkan merebaknya ajaran sesat berleluasa? dan nyatakan bagaimana pemantauan yang dilakukan untuk membendung fahaman Syiah di Selangor berleluasa?
-
Berapakah jumlah kes jenayah syiah di Negeri Selangor mengikut Daerah untuk tahun 2011/2012?
12) BANTUAN KEPADA SJK (C) CHEN MOH
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri yang lalu telah menjanjikan bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chen Moh, Petaling Jaya bagi meraih sokongan. Adakah Kerajaan Negeri pada hari ini akan menunaikan janji yang telah dibuat oleh kerajaan yang lepas?
-
Bagaimanakah pemilihan SJK (C) yang layak menerima pakej bantuan negeri dibuat dan bila?
12) PERHENTIAN BAS SUNGAI BESAR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan di mana tapak sebenar perhentian bas Sungai Besar yang baru
-
Adakah tapak perhentian bas Sungai Besar yang lama milik kerajaan negeri dan kepada siapakah tapak tanah tersebut diserahkan serta berapakah bayaran premium untuk setiap meter persegi?
-
Sila huraikan apakah projek yang diluluskan oleh kerajaan di atas tapak perhentian bas tersebut. Berikan butir-butir