109) MASALAH RUMAH MENDAP DI JALAN 101 JALAN PLUMBUM SEKSYEN 7 SHAH ALAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan PKNS bagi membantu penduduk untuk memperbaiki rumah mereka yang mendap ?.
-
Berapa peruntukan yang telah disediakan ?
-
Bila masalah ini akan selesai ?
109) BANTUAN KEWANGAN KHAS 2 BULAN SEMPENA AIDILFITRI 2017
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Apakah faktor utama KNS meluluskan bantuan tersebut kepada semua penjawat awam?
-
Sila senaraikan Bantuan Kewangan Khas oleh semua negeri-negeri termasuk Persekutuan secara perbandingan sejak 3 tahun yang lalu ?
-
Sejauh manakah pemberian bantuan tersebut terhadap implikasi ekonomi dan kewangan negeri?
109) MEMANDANGKAN KEHADIRAN WAKIL RAKYAT KAWASAN DI MESYUARAT PENUH DI PBT SEBAGAI PEMERHATI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor memberi kuasa kepada wakil rakyat memberi pandangan dalam mesyuarat tersebut?
-
Apakah cara-cara Kerajaan Negeri Selangor menambah baik mutu perkhidmatan PBT di seluruh Negeri Selangor ?
109) PEMBAHARUAN SKIM KASIH IBU SMART SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana kaedah dan mekanisma yang di buat oleh Kerajaan untuk Skim Kasih Ibu Smart Selangor dari sudut penyelarasan dan kemaskini kelayakan sebagai contoh dibuat pembaharuan setiap tahun untuk menentukan kelayakan semula?
109) RUMAH TERBIAR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Senaraikan statistik rumah terbiar MBPJ terkini
-
Senaraikan, jika ada, rumah terbiar yang telah dirobohkan oleh MBPJ kerana struktur tidak selamat.
-
Apakah perbelanjaan setiap tahun bagi mengatasi aduan rumah terbiar?
109) KEMPEN HARI TANPA BEG PLASTIK
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Adakah kempen ini telah mencapai matlamat untuk mengurangkan penggunaan bahan-bahan yang kurang mesra alam?
-
Apakah rancangan seterusnya untuk meningkatkan lagi kesedaran orang awam untuk mengurangkan penggunaan bahan-bahan yang kurang mesra alam?
-
Adakah penggunaan kotak makan ÒStylofoamÓ akan terus diizinkan?
109) MASJID PEKAN DENGKIL
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Masjid Pekan Dengkil telah lama dalam cadangan untuk dibina semula dan peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak 3 juta telah diluluskan pada tahun 2010. Bilakah pembinaan masjid tersebut akan dimulakan?
-
Berapakah jumlah sebenar sumbangan dari kerajaan negeri untuk pembinaan tersebut?
109) PELAN PEMBANGUNAN TINDAKAN KAWASAN PERINDUSTRIAN SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan tindakan masa dan penyelenggaraan untuk pembaikan Jalan-jalan Rosak di Kawasan Perindustrian Selangor?
-
Adakah Kerajaan Selangor menyediakan pelan pembangunan kawasan perindustrian Selangor?
-
Berapakah jumlah hasil dikutip daripada kawasan perindustrian Selangor dalam tempoh tahun 2013 - September 2016?
109) PERUNTUKAN RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM DI DAERAH KUALA LANGAT
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan nama pertubuhan / persatuan mengikut kategori Tokong, Kuil dan Gereja, jumlah peruntukan diluluskan bagi tahun 2013, 2014 sehingga bulan Julai 2015 di Daerah Kuala Langat.
-
Apakah buku panduan, peraturan yang diguna pakai oleh Jawatankuasa RIBI semasa memutuskan jumlah peruntukan kepada sesebuah pertubuhan / persatuan RIBI?
-
Apakah pendirian dan keputusan yang di ambil oleh Kerajaan Negeri terhadap bangunan RIBI yang dibina di atas tanah rizab Kerajaan (rizab sungai, jalan dan lain-lain), roboh, halau dan tanpa menyediakan tapak pemindahan?
109) TEMPAT LETAK KERETA MAJLlS PERBANDARAN KAJANG (MPKj)
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Adakah pihak MPKJ telah menandatangani apa-apa perjanjian dengan mana-mana pihak mengenai sistem letak kereta berbayar dan dengan pihak manakah perjanjian tersebut dibuat serta jangka masa perjanjian tersebut yang telah dipersetujui?
-
Sila nyatakan anggaran keuntungan yang diperolehi dan bagaimanakah cara keuntungan tersebut dibahagikan
-
Adakah wajar kawasan kampung seperti di kampung Baru Batu 11 Cheras, kawasan perumahan Tanming Jaya Balakong diadakan sistem letak kereta berbayar?