109) PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DI DUSUN TUA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan usaha-usaha kerajaan negeri bagi menangani masalah perkhidmatan pengangkutan awam khusus untuk penduduk-penduduk dari DUN Dusun Tua ke Ampang?
109) PROJEK PEMBANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di Selangor yang menghadapi masalah atau kelewatan, contohnya pembinaan sekolah, hospital, bangunan kerajaan dan sebagainya
-
Sertakan kos setiap satu projek tersebut
109) HUKUM 80/20 DAN PROGRAM INTENSIF TAHFIZ AL-QURAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Selangor bercadang untuk menjadikan Pareto Principle atau Rule 80/20 dengan meramaikan warga kerja di setiap jabatan yang celik Al-Quran boleh mendominankan unsur-unsur positif di tempat kerja?
109) MASALAH RUMAH MENDAP DI JALAN 101 JALAN PLUMBUM SEKSYEN 7 SHAH ALAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan PKNS bagi membantu penduduk untuk memperbaiki rumah mereka yang mendap ?.
-
Berapa peruntukan yang telah disediakan ?
-
Bila masalah ini akan selesai ?
109) KEMPEN HARI TANPA BEG PLASTIK
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Adakah kempen ini telah mencapai matlamat untuk mengurangkan penggunaan bahan-bahan yang kurang mesra alam?
-
Apakah rancangan seterusnya untuk meningkatkan lagi kesedaran orang awam untuk mengurangkan penggunaan bahan-bahan yang kurang mesra alam?
-
Adakah penggunaan kotak makan ÒStylofoamÓ akan terus diizinkan?
109) MASJID PEKAN DENGKIL
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Masjid Pekan Dengkil telah lama dalam cadangan untuk dibina semula dan peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak 3 juta telah diluluskan pada tahun 2010. Bilakah pembinaan masjid tersebut akan dimulakan?
-
Berapakah jumlah sebenar sumbangan dari kerajaan negeri untuk pembinaan tersebut?
109) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini penstrukturan industri air Selangor?
-
Nyatakan secara terperinci kos pembelian semua syarikat konsesi yang terlibat?
109) PERPINDAHAN SETINGGAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Apakah status dan perkembangan perpindahan setinggan di Kg Bunga Raya, Kuang oleh pihak PKNS?
109) Keluasan Hutan Simpanan Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keluasan hutan simpanan yg masih ada di Selangor?
-
Apakah status hutan di Kuala Langat dan adakah hutan ini dibenarkan untuk diterokai?
109) PROSEDUR OPERASI SEKOLAH DI BAWAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENGHADAPI KES COVID-19 SEMASA
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan mempunyai prosedur khusus bagi operasi sekolah-sekolah di bawah Kerajaan Negeri khususnya Sekolah Agama Rakyat bagi menghadapi peningkatan kes Covid-19 semasa?