109) PROJEK PEMBANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di Selangor yang menghadapi masalah atau kelewatan, contohnya pembinaan sekolah, hospital, bangunan kerajaan dan sebagainya
-
Sertakan kos setiap satu projek tersebut
109) PEKEBUN KECIL KELAPA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu pekebun-pekebun kecil kelapa yang menghadapi kenaikan kos hidup yang semakin tinggi ?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk memberikan bantuan subsidi kepada mereka dan jika ya, berapakah jumlah peruntukan kewangan yang disediakan dalam tahun 2008 ?
109) PROGRAM BANTUAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Tidak adakah cadangan memperluaskan program bantuan sekolah Negeri Selangor kepada Sekolah rendah agama, sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan?
109) BANJIR KILAT
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha dan langkah dari Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah banjir kilat di Kg. Selayang Baru terutama proses pelebaran Anak Sg. Udang untuk fasa kedua?
109) HUTAN SIMPANAN KEKAL DI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa besar keluasan hutan simpanan kekal di Selangor dan senaraikan setiap satu hutan simpanan kekal ini serta kedudukannya, keluasannya serta tahun ianya diwartakan sebagai hutan simpanan kekal.
109) SEHAT SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Adakah SEHAT mempunyai usaha sama dengan NGO kesihatan mental untuk menyokong pengguna SEHAT, terutamanya penerima subsidi rawatan psikiatri, di luar jaringan klinikal? Nyatakan peruntukan yang digunakan.
-
Bagaimana Kerajaan Negeri memantau kecekapan/ efisiensi program SEHAT dan inisiatif subsidi rawatan psikiatri?
109) SEMIKONDUKTOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah nilai pelaburan dan peluang pekerjaan di wujudkan dalam sektor semikonduktor.
-
Sila senaraikan nama syarikat dan lokasi semikonduktor yang terdapat di Negeri Selangor.
109) PARIT TANAH TAMAN MELAWIS
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Adakah pihak MPK akan menukar parit tanah di sebelah no. 26, Jalan Besi Off Jalan Melawis kepada parit konkrit?
109) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini penstrukturan industri air Selangor?
-
Nyatakan secara terperinci kos pembelian semua syarikat konsesi yang terlibat?
109) KEMPEN ALAM SEKITAR PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah yang diambil untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar?
-
Sejauh manakah pendekatan yang diambil untuk menyedarkan rakyat tentang perkara ini?
-
Apakah kesan positif yang telah dicapai hasil dari pendekatan yang telah dilakukan?