109) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini penstrukturan industri air Selangor?
-
Nyatakan secara terperinci kos pembelian semua syarikat konsesi yang terlibat?
109) SKIM PERLINDUNGAN HAYAT SELANGOR (INSAN)
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Enam juta rakyat Selangor dilindungi INSAN bertujuan memberi pampasan sebanyak RM10,000 kepada setiap rakyat dan pengundi Selangor, sekiranya berlaku kematian, kemalangan atau penyakit. Berapa lamakah sasaran enam juta ini akan dicapai dan apakah mekanisme yang bakal digunakan?
109) MASALAH INFRASTRUKTUR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
-
Apakah hasil dapatan daripada kajian yang dibuat terhadap tahap keselamatan struktur jejambat di Persiaran KWSP Sungai Tangkas?
-
Sekiranya perlu dan boleh dibaiki, bilakah ianya akan dilaksanakan?
109) PEKEBUN KECIL KELAPA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu pekebun-pekebun kecil kelapa yang menghadapi kenaikan kos hidup yang semakin tinggi ?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk memberikan bantuan subsidi kepada mereka dan jika ya, berapakah jumlah peruntukan kewangan yang disediakan dalam tahun 2008 ?
109) HUTAN SIMPANAN KEKAL DI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa besar keluasan hutan simpanan kekal di Selangor dan senaraikan setiap satu hutan simpanan kekal ini serta kedudukannya, keluasannya serta tahun ianya diwartakan sebagai hutan simpanan kekal.
109) MASALAH INFRASTRUKTUR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Seberapa segerakah Kerajaan dapat mengambil tindakan pembaikan kerosakan longkang monsun atau tebing sungai atau longkang?
-
Seberapa segerakah Kerajaan dapat mengambil tindakan berkenaan masalah banjir kilat?
109) PEMBANGUNAN SUKAN RAGBI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membangunkan sukan ragbi di Selangor?
-
Senaraikan jumlah padang ragbi awam yang wujud di Selangor?
109) COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Kesan PKP COVID-19 ke atas aktiviti masjid terutama Ramadan membawa impak kepada: (i) Kesejahteraan beribadat dan kerohanian, (ii) Peningkatan ilmu, kefahaman dan penghayatan Islam, (iii) Kerukunan hidup kejiranan dan ukhuwwah, (iv) Pemantapan sosial dan kebajikan. Apakah program-program pengislahan yang akan dilaksanakan dalam masa tersingkat?
109) KEMPEN ALAM SEKITAR PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah yang diambil untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar?
-
Sejauh manakah pendekatan yang diambil untuk menyedarkan rakyat tentang perkara ini?
-
Apakah kesan positif yang telah dicapai hasil dari pendekatan yang telah dilakukan?
109) ISU PENDIDIKAN DI DUN MERU
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah sekolah berkepadatan tinggi di DUN Meru terutamanya di SMK Meru?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membina sekolah KAFA di Sungai Kapar Indah yang kini masih lagi menyewa di bangunan kedai?