108) PROGRAM BANTUAN BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan penerima bantuan Blueprint DUN Balakong pada tahun 2024.
108) PERANAN KRT, RA, JKKK DAN MPKK
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Terdapat peranan yang berulang di kalangan KRT, RA, JKKK dan MPKK. Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk menyatukan peranan dan sistem agensi-agensi ini demi memudahkan urusan-urusan berkenaan dan menjelaskan peranan agensiagensi ini kepada rakyat?
108) SAMBUNGAN HORAS600 DAN POND C KEPADA LRA SSP1,2,3 DAN SG SEMENYIH
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan progres projek sambungan HORAS600 dan Pond C kepada LRA SSP1,2,3 dan Sg Semenyih.
-
Sila bekalkan Gantt chart projek tersebut.
109) AHLI MAJLIS PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Bilakah tempat-tempat kosong Ahli Majlis di PBT akan diisi semula?
-
Huraikan apakah punca penangguhannya?
109) SENARAI KONTRAKTOR PEMBERSIHAN BERMASALAH DI DUN HULU KELANG
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan nama kontraktor pembersihan dengan jumlah aduan dan amaran yang diberikan mengikut zon MPAJ di dalam DUN Hulu Kelang.
109) PORTAL E TANAH
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Bertulis
-
Apakah alternatif yang boleh disediakan kepada golongan yang tidak mahir dalam menggunakan portal e tanah dalam urusan mengenai tanah seperti lanjutan tempoh pajakan tanah?
109) KOMPLEKS SUKAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Kompleks Sukan MPKj di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi adalah pusat aktiviti sukan di Sungai Ramal. Trek balapan di kompleks tersebut rosak teruk. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memperbaiki kemudahan di kompleks ini?
-
Bilakah pembaikan akan dilaksanakan?
-
Berapakah jangkaan kosnya?
109) KEBAJIKAN JMB KRT
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi membantu JMB-JMB
yang bermasalah dari segi kewangan dalam menguruskan pentadbiran dan pengurusan dalam menguruskan kerja-kerja selenggara?
109) MASALAH STATUS TANAH
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Banyak tanah-tanah di kawasan DUN Sri Muda terutama di kawasan Bukit Kemuning merupakan tanah berstatus pertanian dan sebagainya. Jika tanah-tanah ini diusahakan untuk industri pertanian, ia serba sedikit dapat menjana sektor pertanian di kawasan DUN Sri Muda yang lebih tertumpu kepada sektor industri dan perumahan. Apakah ada tindakan yang diambil terhadap status tanah pertanian yang telah ditukar kepada perindustrian tetapi tidak ada industri yang dijalankan dan ia terus terbiar sejak sekian lama, huraikan cadangan tersebut.
-
Apakah status tanah Revolusi Hijau di Johan Setia dan huraikan apakah maksud sebenar Revolusi Hijau tersebut kerana penduduk kampung sendiri terkeliru dan lebih mengelirukan keadaan terdapatnya aktiviti pertanian yang melampau hingga menjejaskan alam sekitar
-
Terdapat sekitar 40 lot tanah hasil dari meluruskan Sungai Klang berada dalam Pejabat Tanah Petaling dan pemilik-pemiliknya terdiri dari pegawai kanan kerajaan dan bekas pemimpin setempat kerajaan lama. Apakah Kerajaan Negeri bercadang membatalkan status tanah ini kerana pembahagiannya meragukan kerana sewajarnya tanah ini di berikan kepada mereka yang lebih berhak.
109) INDUSTRI PELANCONGAN DI LEMBAH KLANG
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak peruntukan yang dibelanjakan oleh kerajaan Selangor untuk membangunkan produk-produk pelancongan di tempat-tempat bersejarah di Lembah Klang setiap tahun bermula tahun 2008?
-
Apakah strategi kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong untuk melawat ke tempat-tempat bersejarah?