Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
102) PADAT
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah program yang dilaksanakan dalam pemeliharaan dan promosi warisan Selangor?
- Program –program yang dilaksanakan oleh perbadanan Adat melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) adalah:-
· Program-program Pemeliharaan :
- Jejak Warisan Selangor
Pengenalpastian, menyelidik, mengumpul maklumat dan bahan serta melakukan kerja-kerja dokumentasi bagi kawasan-kawasan di darat dan di laut, sungai mahupun tasik yang dipercayai amat berpotensi untuk didaftarkan dalam inventori warisan, jabatan Warisan Malaysia samada sebagai Tapak Warisan, objek Warisan, Warisan kebudayaan (Ketara dan Tak Ketara), Warisan Kebangsaan, Warisan Kebudayaan Di Bawah Air, Warisan semula jadi mahupun Warisan Dunia.
ii. Pewartaan Objek Warisan, tapak-tapak Warisan dan Monumen Bersejarah
Mengenal pasti objek-objek atau artifak-artifak bersejarah, monumen- monumen lama dan tapak tanah-tapak tanah bersejarah peringkat negeri Selangor yang berpotensi untuk diangkat sebagai warisan mengikut Akta Warisan Kebangsaan (645), tahun 2005 bagi tujuan pemeliharaan, pemulihan, pemuliharaan, pengekalan dan seterusnya sebagai produk pelancongan dan pembelajaran.
iii. Pemuliharaan dan pembangunan Tapak tanah-Tapak tanah Bersejarah dan Monumen-Monumen Lama Negeri Selangor
Mengenal pasti tapak tanah-tapa ktanah bersejarah, bangunan-bangunan ataupun monumen-monumen lama yang telah diwartakan menerusi Akta Warisan Kebangsaan (645) Tahun 2005 bagi tujuan konservasi dan seterusnya dibangunkan sebagai tapak warisan untuk menggiatkan kecenderungan awam dan sokongan dalam pemeliharaan dan penyebaran pengetahuan berhubung dengan warisan sejarah negeri Selangor.
iv. Program Penyelenggaraan Tapak-Tapak Warisan dan Monumen- Monumen Bersejarah negeri Selangor
Penyelenggaraan tapak-tapak Warisan dan Monumen-Monumen Bersejarah Negeri Selangor lazimnya akan diselia dan diselenggara oleh Jabatan Warisan Malaysia. Penyelenggaraan akan menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan yang disediakan oleh jabatan Warisan Malaysia menerusi permohonan yang akan dilakukan oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan negeri Selangor (PADAT) pada setiap tahun.
· Program-program Promosi :
- Program Jalinan Adat, Budaya dan Warisan negeri Selangor
Program ini dilaksanakan menerusi kerjasama Pejabat EXCO Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor, pejabat ADUN peringkat Daerah, Pihak berkuasa Tempatan Peringkat Daerah, Jabatan Agama Islam Selangor Daerah, Jabatan Kerja Raya Daerah, JKK Kampung Peringkat Daerah, Persatuan Sejarah Cawangan Negeri Selangor, Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Badan-Badan Kesenian dan kebudayaan Negeri Selangor, Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Persatuan Bulan SAbit Merah. Matlamat utama program ini adalah untuk menyebarluaskan pemahaman dan penghayatan orang ramai khasnya di setiap daerah di negeri Selangor berhubung dengan fungsi dan peranan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor(PADAT). Antara Aktiviti yang berkaitan dengan program ini adalah Forum Perdana, Bengkel Bicara Budaya, Tekat dan Kelingkan, Persembahan Kesenian dan Warisan, pertandingan Masakan, Gubahan, Permainan Tradisional dan Puisi Tradisional, demonstrasi, pameran dan Gerai Jualan.
2. Program Konvensyen Adat Melayu dan Festival Warisan Selangor
Program ini akan diadakan dalam tempoh 2-3 tahun sekali bagi tujuan membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan Adat dan Budaya Melayu serta memaparkan kepada mesyuarat dan orang ramai perihal kepelbagaian warisan yang ada di negeri Selangor menerusi penyertaan masyarakat. Matlamat akhirnya adalah untuk mengetengahkan kepelbagaian adat dan seni budaya Melayu serta warisan yang unik dan amat berpotensi dimartabatkan sebagai identiti negeri Selangor.
3. Program Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan
Dilaksanakan setiap tahun berpandukan kepada pemilihan penganjur atau “tuan rumah” yang dibuat secara penggiliran berasaskan kepada permohonan dari muzium-muzium peringkat negeri di Malaysia. Lazimnya, sambutan ini akan diadakan selama 5-6 hari di mana semua peserta akan “berkampung” di negeri yang menjadi penganjur atau tuan rumah dengan pelbagai acara jalinan budaya, seni, warisan dan Majlis-Majlis keilmuan bagi mengeratkan hubungan semua organisasi permuziuman peringkat Malaysia khasnya dan serantau amnya.
4. Program Perwarisan Ilmu dan Pameran
Dilaksanakan setiap tahunan di Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor menerusi pelbagai majlis keilmuan seperti bengkel, kursus, seminar, ceramah dan pameran berasaskan kepada fungsi dan peranan perbadanan dalam aspek-aspek adat Melayu, seni budaya, sejarah dan warisan negeri Selangor.
-
Berapa kali lembaga pengarah PADAT bermesyuarat dalam tahun 2010 dan apakah hasilnya?
- Sepanjang tahun 2010, Ahli Lembaga pengarah Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) telah bersidang sebayak tiga (3) kali iaitu pada 23 Mac 2010, 9Julai 2010 dan 17 Disember
Hasil daripada mesyuarat Lembaga Pengarah tersebut adalah :-
- Majlis Pelancaran PADAT,
- Jawatankuasa Titah Tuanku iaitu :-
- Jawatankuasa Hubungan kerjasama PADAT, Badan-badan Tempatan, Wilayah dan Antarabangsa,
- Jawatankuasa Penubuhan Desa Budaya Negeri Selangor,
- Jawatankuasa Konvensyen Adat Melayu,
- Jawatankuasa Penyelidikan Saintifik terhadap penemuan
- kajian sumber-sumber budaya dan warisan,
- Jawatankuasa Pusat Penyelidikan Adat Melayu dan Warisan negeri
- Jawatankuasa di bawah PADAT
- Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia & Permodenan Organisasi
- Jawatankuasa Lembaga Tatatertib
- Jawatankuasa Lembaga Rayuan Tatatertib
- Jawatankuasa Penilaian Sebutharga dan tender
- Jawatankuasa Kewangan
- Jawatankuasa Adat dan Warisan
- Jawatankuasa Konsevasi dan Monumen
- Jawatankuasa Penyelidikan, Penerbitan, dan Arkib
- Jawatankuasa Perolehan dan Pengurusan Koleksi
- Jawatankuasa Publisiti, Seranta, Pemasaran, ICT Dan Hubungan Luar
- Pelan strategik PADAT
- Kumpulan Kesenian (Jabatan Kebudayaan) di bawa ke PADAT
- Pelbagai program dan aktiviti mengikut peringkat Bahagian-bahagian yang ada di PADAT sepanjang tahun 2010 iaitu :
BIL PROGRAM/AKTIVITI TARIKH TEMPAT 1.
Menyertai Pameran Padi Di Sungai Besar
03 – 04 Jan 2010
Sungai Besar, Sabak
(Homestay Sg. Haji Dorani) Sempena Bernam. Lawatan DYMM Sultan Selangor. 2.
Melaksanakan program ‘Bicara Tradisi
10 Februari 2010
Muzium Sultan Alam
Ilmu, Menilai Waktu’. Shah, Shah Alam. 3. Melaksanakan program Bicara Tokoh 24 Februari 2010 Muzium Sultan Alam Budayanita Selangor Prof. Dr. Siti Zainon Shah, Shah Alam. Ismail. 4. Melaksanakan Bengkel Seni Kelingkan 02 Mac – 31 Mei Muzium Sultan Alam ‘Satu Tradisi’. 2010 Shah, Shah Alam. 5.
Menyertai Pameran Izish Premier Inter-
15 – 17 Mac 2010
Kuala Lumpur.
Cultural Exchange Carnival 2010. 6. Menyertai Program Kembara Minda 18 – 21 Mac 2010 Sekolah Berasrama Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah Penuh Integrasi Sabak Berasrama Penuh Peringkat Bernam. Kebangsaan. 7. Forum Sehari Metodologi Penyelidikan. 22 Mac 2010 Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam. 8. Melaksanakan program Bengkel Tradisi 31 Mac 2010 Muzium Sultan Alam Lisan : Mengenal Warisan Bangsa Shah, Shah Alam. 9. Pameran Warisan Adat Melayu Sempena 23 – 25 April 2010 Stadium Utama, Shah Karnival Adat Melayu Alam. 10.
11.
Mengadakan pertandingan sirih junjung dan pertandingan masakan Selangor ( Nasi Ambeng dan kuih tradisi )
Menganjurkan Pertandingan Permainan Tradisional (Congkak, Batu Seremban & Sepak Raga Bulatan)
24 – 25 April 2010
24 April 2010
Stadium Utama, Shah Alam.
Stadium Utama, Shah Alam.
12.
Menganjurkan Pertandingan Wau Kapal
24 April 2010
Stadium Mini Shah
Selangor. Alam. 13. Pameran Sempena Perayaan Hari 16 – 21 Mei 2010 Kota Kinabalu, Sabah. Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2010. 14. Menyertai Demontrasi Pesta Masakan 04 – 06 Jun 2010 Jalan Kota, Kompleks Warisan Melaka 2010 anjuran PERZIM. Warisan Melaka. Pameran Sempena Program Sambutan 05 – 0 6 Jun 2010 UKM, Bangi. 15. Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2010 16. Projek Membuat Mural 8″x20″ Wajah 23 Jun – Muzium Sultan Alam Atlet Kelahiran Negeri Selangor Di Balai 08 Julai 2010 Shah, Shah Alam. Sukan. 17. Melaksanakan Bengkel Pemahaman 06 Julai 2010 Muzium Sultan Alam Naskah Melayu Lama : Tak Kenal Maka Shah, Shah Alam. Tak Cinta 18. Melaksanakan Bengkel Seni Tekat 07 Julai – 28 Ogos Muzium Sultan Alam ‘Warisan Tradisi Ilmu’. 2010 Shah, Shah Alam. 19. Melaksanakan Program Diskusi Tradisi 22 Julai 2010 Muzium Sultan Alam Ilmu ‘Satu Pandangan Umum’. Shah, Shah Alam. Melaksanakan Bengkel Penyediaan 02 Ogos 2010 Muzium Sultan Alam 20. Transkripsi/Diskripsi Sejarah Lisan. Shah, Shah Alam. 21. Kursus Diploma Muziologi, UIAM Modul 02-06 Ogos 2010 Balai Seni Lukis Negara. 6 – Konservasi Dan Pemuliharaan. 22. Pameran Sempena Sambutan Bulan 01 – 30 Sept. 2010 Muzium Sultan Alam Kemerdekaan Tahun 2010. Shah, Shah Alam. 23. Program Memasak Bubur Lambuk & 02 Sept 2010 Muzium Sultan Alam Kuih Kacau, Majlis Berbuka Puasa dan Shah, Shah Alam. Solat Terawih anjuran PADAT. 24. Menganjurkan Bengkel Mengenali Muzik Cempuling. 11 November 2010 Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam. 25.
Menjalankan Penyelidikan Mengenai
Januari hingga
– Kelantan
Kelingkan dan Telepuk Dalam Naskah Disember 2010 – Terengganu Melayu Lama. – Sarawak 26. Kajian dan pendokumantasian rumah- April – Disember – Kuala Selangor rumah Warisan lama untuk Daerah 2010 – Sabak Bernam Kuala Selangor dan Sabak Bernam. 27. Kajian lanjut berkaitan senibina masjid April – Disember – Kuala Selangor dalam rekabentuk, ragam hias dan seni 2010 – Sabak Bernam taman. 28. Kajian dan pendokumentasian makanan Mei – Disember – Klang warisan negeri Selangor. 2010 – Kuala Langat 29. Menjalankan Penyelidikan Selangor Jun 2010 – Hulu Langat sebagai tempat tumpuan pelbagai etnik : hingga Disember Etnik Pariaman (Minang) 2010 30. Menjalankan Penyelidikan Adat dan Jun 2010 – Klang Pantang Larang Dalam Perkahwinan hingga Disember – Kuala Langat Masyarakat Jawa di Selangor. 2010 31. Melaksanakan Penyelidikan Tradisi Ilmu Julai hingga – Bukit Malawati Cerapan Hilal Ramadan dan Syawal. Disember 2010 – Pulau Angsa – Sabak Bernam – Jugra 32. Menyediakan data inventori etnik-etnik di September 2010 Hulu Langat Selangor : Daerah Hulu Langat. hingga November 2010 -
Apakah pelan dalam penyiapan muzium timah di bangunan Gading Raja Abdullah di Kelang?
- Gedong Timah Raja Abdullah yang bina pada tahun 1953 oleh Raja Abdullah bin Raja Jaafar telah dijadikan Muzium Timah sejak tahun 1984. Bangunan ini telah dibaik pulih beberapa kali oleh Lembaga Muzium Selangor ( kini Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor) antara tahun 1991 hingga
Atas kepentingan gedung ini sebagai bangunan bersejarah, Jabatan Warisan Negara telah memulihara bangunan ini pada tahun 2009 dan telah diserahkan pada 2 Disember 2010 kepada Perbadanan Adat Melayu dan Warisan dan hingga kini masih di bawah pemantauan Jabatan Warisan Negara bagi rawatan kapilari air memandangkan kawasan tersebut berada pada paras permukaan air yang menyebabkan berlaku kapilari air yang akan menyebabkan kelembapan pada kadar yang tinggi pada bangunan tersebut.
Bagi pelan penyiapan bangunan ini. PADAT dalam tindakan penyiapan bagi cadangan pengisian dan pameran sebagai Muzium Timah. Kerja-kerja penyelidikan bagi penyediaan story board dan story line yang mengikuti prinsip-prinsip permuziuman sedang dalam tindakan.
Muzium ini dijangka akan dibuka pada orang ramai pada awal tahun 2012.