Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
22) PADAT
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah program yang telah dilaksanakan dalam tahun 2011 dan bagaimanakah prestasinya?
Program yang dilaksanakan pada tahun 2011 dan prestasinya adalah sepertimana berikut :
1. Program Jalinan Adat Budaya dan Warisan Negeri Selangor “Memartabatkan Adat Membudayakan Warisan”
a) Pada tahun 2011 program ini telah dilaksanakan di empat (4) buah daerah di negeri Selangor iaitu :
1. Daerah Klang
Tarikh : 13 Mac 2011 (Ahad)
Tempat : Kampung Bukit Kapar, Klang
Bil. pengunjung : 2006 orang Program :
Forum Perdana
Tarikh : 12 Mac 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Masjid Al-Taqwa, Kampung Bukit Kapar, Klang.
Persembahan kesenian :
Cempuling, kentrong, kompang tiga, silat, sepak raga ratus dan puisi tradisional.
Pertandingan:
Permainan gasing, gubahan sireh junjung, masakan dan kuih tradisional.
Bengkel seni
Tekat dan sulaman kelingkan.
Forum
Bicara budaya.
Pertunjukan
Permainan gasing dan layang-layang atau wau kapal dan mini pameran jabatan dan agensi daerah.
2. Daerah Sepang
Tarikh : 23 April 2011 (Sabtu)
Tempat : Bukit Bangkong, Sepang
Bil. pengunjung : 1506 orang
Program :
Forum Perdana
Tarikh : 22 April 2011 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Masjid Al-Ulum, Kg. Bukit Bangkong,Sepang
Persembahan Kesenian:
Cempuling, Kompang Tiga, Silat, Tarian Piring, Tarian Kaca, Persembahan Kesenian Orang Asli dan Persembahan Kumpulan Kesenian PADAT
Pertandingan :
Wau/Layang-Layang, Sirih Junjung, Masakan Tradisional, Kuih Tradisional dan Mewarna untuk Kanak-Kanak
Bengkel : Kelingkan
Pameran :
Adat Melayu dan Warisan Ngeri Selangor dan Agensi Kerajaan Daerah & NGO
3. Daerah Kuala Langat
Tarikh : 11 Jun 2011 (Sabtu)
Tempat : Dataran Morib, Kuala Langat
Bil. pengunjung : 2317 orang
Program :
Forum Perdana
Tarikh : 10 Jun 2011 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Masjid Jamiul Ehsani, Batu 8, Sijangkang Telok Panglima Garang, Kuala Langat
Persembahan Kesenian:
Cempuling/ Cak Lempong, Kompang Jawa, Silat Cemandi, Keroncong Asli, Tarian Kuda Kepang/ Poja
Pertandingan :
Gubahan Sirih Junjung, Masakan Tradisional (Nasi Keluban), Kuih Tradisional (Kuih Bandau@ Kemboja), Wau Kapal, Andaman Pengantin, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak 5-8 tahun
Forum/Seminar :
Bicara Sejarah Warisan Selangor dan Seminar Sejarah Kuala Langat
Bengkel : Kelingkan
Pameran :
Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor dan Agensi
Kerajaan & NGO
4. Daerah Gombak
Tarikh : 16 Julai 2011 (Sabtu)
Tempat : Taman Greenwood, Batu Caves
Bil. pengunjung :
Program : 1057 orang
Forum Perdana
Tarikh : 15 Julai 2011 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood, Batu Caves, Gombak
Demonstrasi :
Permainan Gasing Pangkah, Permainan Wau Kapal
Persembahan Kesenian:
Cak Lempong, Kerincingan, Kompang dan Silat Cemandi, Kuda
Kepang, Muzik Asli, Kompang Berformasi Dan Persembahan Kumpulan Kesenian PADAT
Pertandingan :
Gubahan Sirih Junjung, Masakan Tradisional, Kuih Tradisional dan Mewarna untuk Kanak-kanak dan Permainan Sepak Raga Bulatan
Bengkel : Kelingkan
Pameran :
Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor dan Agensi Kerajaan & NGO
2. Pameran
PADAT telah mengikuti beberapa pameran bergerak anjuran beberapa agensi kerajaan dan mengadakan satu pameran khas sepertimana yang berikut :
a. Pameran sempena MATTA International Fair Selangor Umrah & Muslim Travel Destinations (MASUM) 2011, di Shah Alam
Convention Centre (SACC Convec) – Januari 2011
b. Pameran sempena Hari Muzium Antarabangsa Peringkat
Kebangsaan di Negeri Sembilan – Mei 2011
c. Pameran sempena Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke Dataran Morib, Daerah Kuala Langat –
September 2011
d. Pameran Sempena Kemerdekaan ke-54 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Alam Shah, Shah Alam –
September 2011
e. Pameran Sempena Karnival 100 Tahun Batu Arang di Padang
Awam, Batu Arang – Oktober 2011
f. Pameran Khas Adat dan Waris di Muzium Sultan Alam Shah,
Shah Alam sempena cuti sekolah – Disember 2011
3. Program Konvensyen Identiti Negeri Selangor 2011
a. Program Konvensyen Identiti Negeri Selangor telah dicetuskan oleh Y.B. Dato’ Dr. Hassan bin Mohamed Ali, Mantan Pengerusi PADAT semasa sesi rumusan pada Majlis Dialog Bajet Negeri Selangor 2012 pada 28 Jun 2011 bertempat di Holiday Villa Hotel and Suites Subang Jaya. Perkara ini diajukan setelah melihat hasil dan maklum balas yang sangat baik terhadap pembentangan kertas kerja yang bertajuk “Menonjolkan Identiti Negeri dan Program Warisan Budaya Negeri Selangor” oleh Y.Bhg. Dato’ Aidit bin Ghazali selaku Ahli Lembaga Pengarah PADAT.- Program Konvensyen ini telah diadakan pada 11-12 Oktober 2011 di Holiday Villa Hotal and Suites Subang Jaya. Majlis Perasmian telah dilaksanakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Seri Menteri Besar Selangor pada 11 Oktober 2011 dengan iringan persembahan kebudayaan dan kesenian negeri yang hampir luput ditelan zaman. Konvensyen ini juga telah mengumpulkan beberapa pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk memastikan pengisian Bengkel Identiti yang mana perbincangannya adalah merangkumi aspek identiti negeri seperti Tekstil dan Busana Tradisional, Makanan dan Kuih Tradisional, Senibina, Monumen dan Tapak Warisan, Muzik dan Tarian Tradisional, Jati Diri Sastera Selangor dan Pencernaan Nilai–Nilai Sejagat Negeri Selangor.
- Bengkel Garis Panduan Penyelidikan Saintifik terhadap Penemuan dan Kajian Sumber Budaya dan Warisan
Program ini telah diadakan sepertimana berikut :
Tarikh : 17-18 Februari 2011
Tempat : Dewan Raja Lumu,
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam
Bil. Peserta : 32 orang daripada kalangan pegawai dan kakitangan gred 22 ke atas
- Bengkel Penerbitan Umum
Program ini telah diadakan sepertimana berikut :
Tarikh : 10 Mac 2011
Tempat : Dewan Raja Lumu,
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam
Bil. peserta : 55 peserta daripada kalangan pegawai dan kakitangan gred 17 ke atas
- Bengkel Rawatan dan Konservasi Koleksi Manuskrip Program ini telah diadakan sepertimana berikut :
Tarikh : 31 Mac -01 April 2011
Tempat : Dewan Raja Lumu,
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam
Bil. peserta : 55 peserta daripada kalangan pegawai dan kakitangan gred 17 ke atas
- Bual BicaraTokoh Ilmuwan Islam “Y. Bhg. Dato’ Haron Din”
Program ini telah diadakan sepertimana berikut :
Tarikh : 10 November 2011
Tempat : Auditorium Daeng Chelak,
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam
Bil. peserta : 350 orang peserta
- Bengkel Asas Konservasi Bangunan Warisan 2011
Program ini telah diadakan sepertimana berikut :
Tarikh : 30 November – 01 Disember 2011
Tempat : Dewan Raja Lumu,
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam
Bil. peserta : 35 orang peserta
- Program Kembara Warisan 2011
Program ini telah diadakan sepertimana berikut :
Tarikh : 03 Disember 2011
Tempat : Dewan Raja Lumu,
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Bil. penyertaan : 30 kumpulan
- Program Bicara Keris : Warisan Sepanjang Zaman
Program ini telah diadakan sepertimana berikut :
Tarikh : 20 Disember 2011
Tempat : Dewan Raja Lumu,
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Bil. peserta : 170 peserta
-
Apakah rancangan PADAT dalam 2012?
PADAT telah merancang beberapa program pada tahun 2012 antaranya sepertimana berikut :
- Bengkel Memahami Metodologi Penyelidikan
- Program Perarakan Sempena Maulidur Rasul 1433 H
- Perasmian Muzium Insitu Jugra, Kuala Langat
- Pameran Pantang Larang “Pesan Orang Tua”
- Lawatan Kerja Rasmi Muzium Perak, Pulau Pinang dan Kedah
- Program Muzium dan Warisan 2012 di Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Langat
- Bengkel Busana Selangor : Teknik Pemakaian Sampin dan Tanjak
- Bengkel Asas Konservasi Bangunan Warisan 2012
- Bengkel Jahitan Kebaya Selangor
10.Bengkel Pengwujudan Muzium Sukan
11.Bengkel Penulisan Ilmiah dan Dokumentasi
12.Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2012 Peringkat Kebangsaan di Pekan, Pahang
13.Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2012 Peringkat Negeri Selangor
14.Pameran Khas : Selangorku “Merentas Waktu”
15.Majlis Keraian Dua Sasterawan Negara Kelahiran Anak Negeri Selangor
16.Bengkel Sulaman Kelingkan
17.Pelancaran Sahabat Muzium
18.Bengkel Seni Tari Selangor
19.Bengkel Kompang Jawa Selangor
20.Bual Bicara Tokoh Ilmuwan Islam
21.Bengkel Halatuju dan Cabaran Muzium di Tahun 2020
22.Kembara Warisan 2012 (Shah Alam –Jugra)
23.Seminar Asal Usul Melayu
24.Pameran Khas : “Kenangan Zaman Kanak-Kanak”