Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

146) PADANG GOLF MILIKAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan padang golf yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri.

    Padang golf yang dimiliki adalah Bukit Beruntung Golf & Country Resort Berhad (BBGC).

  2. Nyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan operasi padang-padang golf tersebut sejak 2008.

    Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan operasi padang golf (The Mines) seperti berikut:

    • Jumlah penambahan keahlian kurang memuaskan
    • Kemudahan dan infrastruktur kelab golf kurang memuaskan
    • Penyeliaan aset yang tidak memuaskan
    • Strategi dan rancangan jangka panjang serta KPI syarikat tidak disediakan
  3. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan padang golf sebagai satu tarikan pelancongan Selangor seperti Bukit Jambul CountryClub di Pulau Pinang? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum membuat sebarang perancangan jangka panjang untuk membangunkan BBGC. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan baru MBI akan meneliti semula pembangunan jangka panjang BBGC.

Lampiran

Tiada Lampiran.