Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

71) PADANG GOLF KUALA KUBU BHARU

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah proses perizaban tapak Padang Golf Kuala Kubu Bharu di bawah pengawalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan diselenggara oleh Pejabat Daerah Hulu Selangor telah selesai? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

  2. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan padang golf berkenaan yang dirizabkan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara sebagai kawasan rekreasi memberikan manfaat kepada rakyat Selangor dan khususnya penduduk Kuala Kubu Bharu?

Lampiran

Tiada Lampiran.