Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
50) PADANG GOLF KUALA KUBU BHARU
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan perancangan Kerajaan Negeri untuk membaikpulih atau membangunkan Padang Golf Kuala Kubu Bharu yang tanahnya dimiliki oleh Kerajaan Negeri.
PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR
Status tanah adalah tanah kerajaan yang akan diwartakan sebagai padang golf dan rekreasi di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan diselenggara oleh Pegawai Daerah Hulu Selangor. Tindakan pewartaan akan dibuat setelah kerja-kerja pengukuran dan penyediaan pelan pra hitungan disediakan oleh Juruukur Tanah Berlesen. Pengukuran pada Pelan Akui (PA) yang disediakan perlu dibuat kerana terdapat bangunan rumah murah, balai raya, Tadika KEMAS dan rumah rehat
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap kelab golf yang dikendalikan oleh individuindividu atas padang golf milikan Kerajaan Negeri.
MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR
Kerajaan Negeri tiada dasar tertentu yang membabitkan pengendali-pengendali kelab golf ke atas padang golf milikan Kerajaan Negeri. Ia terbuka kepada mana-mana organisasi yang boleh memberi pulangan yang terbaik kepada Kerajaan Negeri.