Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

157) PADANG DAN TAMAN PERMAINAN AWAM

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kekerapan selenggaraan taman-taman permainan dilaksanakan?

    Majlis Bandaraya Diraja Klang melaksanakan perolehan penyelenggaraan taman permainan melalui pelantikan kontrak secara tahunan. Dalam perolehan ini pihak kontraktor diwajibkan melaksanakan tugas mengikut skop kerja yang ditetapkan oleh Garis Panduan Landskap Negara. Selain daripada itu, pemantauan oleh kakitangan jabatan secara harian dan mingguan juga dilaksanakan mengikut kawasan yang terlibat.

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah baik padang bola sepak di Meru?

    Antara perancangan Majlis Bandaraya Diraja Klang bagi menambah baik padang bola sepak di Meru adalah seperti berikut :

    • Perancangan jangka pendek ialah meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan penyelenggaraan padang bola sepak.

     

    • Aktiviti dan penggunaan padang bola sepak dikawal mengikut keperluan dan waktu kosong bagi memberi ruang untuk rumput-rumput menumbuh.

     

    • Penambahbaikan infrastruktur padang bola sepak melalui program naiktaraf padang bola sepak secara berkala.

     

    • Pelan jangka panjang adalah ke arah berteknologi dan lebih berkesan seperti padang bola sepak yang menggunakan rumput sintetik.

Lampiran

Tiada Lampiran.