Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

101) PADANG BOLA DAN REKREASI BELIA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan dapat mengadakan padang bola dan rekreasi di kampungkampung bagi tanah milik kerajaan atau MAIS yang telah di beri pajakan kepada persatuan?

    Kerajaan Negeri amat prihatin dan mengambil maklum terhadap keperluan kemudahan sukan termasuk padang bola dan rekreasi di kampung-kampung. Justeru itu, Kerajaan Negeri di bawah Vot Kemudahan Asas Desa telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi menyediakan kemudahan asas desa di kawasan kampung termasuk pembinaan dan baikpulih dewan, balairaya dan infrastruktur sukan bagi tanah milik kerajaan. Walau bagaimanapun, kelulusan pelaksanaan projek adalah tertakluk kepada keperluan. Manakala, bagi tanah milik Jabatan Agama Islam (JAIS) tiada halangan berkenaan perkara tersebut tetapi tertakluk kepada keperluan dan kesesuaian di atas tapak tersebut. Pihak JAIS memberi tempoh selama 3 tahun sewaan tanah yang akan berakhir pada bulan Jun 2016 dan boleh dilanjutkan sekiranya masih tiada perancangan fizikal oleh pihak

  2. Apakah perancangan Kerajaan Selangor untuk mewujudkan dewan badminton/takraw bagi Kampung Paya Jaras Dalam?

    Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap keperluan kemudahan sukan di Negeri Selangor dalam usaha untuk meningkatkan mutu sukan terutamanya di kalangan generasi muda dan menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti riadah. Sehubungan itu, di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM6,680,000.00 untuk projek membaikpulih kemudahan sukan di Negeri Selangor termasuk peruntukan untuk membaikpulih kemudahan sukan di peringkat DUN yang telah dinaikkan daripada RM20,000.00 kepada RM40,000.00 kepada setiap DUN untuk tujuan ini yang mana projek ini akan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan(PBT). Pemilihan bagi kelulusan projek ini adalah mengikut tahap projek kemudahan tersebut. Berikutan, pihak DUN boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada pihak PBT untuk kelulusan di peringkat Kerajaan Negeri.

    Untuk makluman, pada tahun 2013 Kerajaan Negeri telah membina sebanyak 33 Dataran Anak Muda atau gelanggang serbaguna di seluruh Selangor termasuklah di Paya Jaras yang boleh digunakan sebagai dewan badminton atau sepak takraw.

Lampiran

Tiada Lampiran.