Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
241) OSCC
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah berkesannya pelaksanaan OSCC?
- OSCC ditubuhkan untuk memberi perlindungan dan rawatan yang sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang datang ke pusat ini. Peranan Kerajaan Negeri adalah untuk mendidik serta mendedahkan fungsi OSCC itu sendiri supaya orang ramai sedar bahawa pusat sedemikian wujud untuk memberi perkhidmatan. Pada tahun 2009, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita telah menjalankan Seminar Katakan Tidak Kepada Keganasan di setiap kawasan DUN Selangor. Hasil maklum balas yang diterima, orang ramai telah mula memahami fungsi OSCC ini serta lebih mengetahui apakah hak terutamanya dalam perundangan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Usaha ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri berhasrat untuk mendidik orang ramai tentang tanggungjawab serta kesedaran tentang keganasan domestik.
-
Apakah peranan ADUN dalam menjayakan MES di bawah program OSCC ini?
- Kempen OSCC ini dijalankan di setiap kawasan DUN Selangor di mana secara tidak langsung semua ADUN turut membantu Kerajaan Negeri dalam mempromosi peranan OSCC serta mendedahkan aspek perundangan kepada orang ramai terutamanya di kawasan luar bandar. Selain itu, Kerajaan Negeri telah menerbitkan pelbagai bahan promosi berkaitan dengan OSCC di mana pihak ADUN dipohon untuk membantu mengedarkan bahan promosi ini kepada orang
-
Apakah seperti program-program Tuisyen Rakyat, Pusat Komuniti Wanita dan Pusat Dialisis Rakyat, program untuk mempromosikan OSCC ini akan dilaksanakan secara langsung melalui ADUN?
- Jawapan sama seperti di b).