Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

133) OSC 3.0

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah proses-proses yang perlu dipatuhi oleh pemilik atau pemaju tanah sebelum mereka dapat mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang melalui sistem OSC 3.0?

    Sebelum pemilik atau pemaju tanah mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang (KM) melalui sistem OSC 3.0 Plus, mereka perlu mematuhi beberapa proses dan langkah penting untuk memastikan permohonan mereka diterima dan diproses dengan lancar. Proses yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:-

    • Pemilik tanah atau pemaju perlu melantik Perancang Bandar yang bertauliah dan berdaftar dengan Pertubuhan Perancang Malaysia.

     

    • Perlu mematuhi Senarai Semak Dokumen Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Jabatan Pusat Setempat (OSC) Dan Jabatan Memperaku Serta Jabatan Teknikal Dalaman Dan Luaran Secara Online berdasarkan kepada Manual OSC 3.0 Plus yang telah dikeluarkan oleh KPKT.

     

    • Antara maklumat dan dokumen yang diperlukan adalah:

     

    • Maklumat Pemilik/ Pemaju/ Pemegang PA Butiran SSM Syarikat Pemilik, Pemaju, Pemegang PA/Salinan Kad Pengenalan;

     

    • Maklumat Perunding dan Surat perlantikan perunding;

     

    • Borang A Jadual Pertama – Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (Am) (Selangor) 2001 (KPPA) (salinan t/t dan cop asal);

     

    • Pelan-pelan Kebenaran Merancang yang telah disahkan oleh Perancang Bandar Berdaftar – Pelan Susunatur (selaras garis panduan PBT) termasuk nama taman dan nama jalan;

     

    • Pelan ukur/ topografi tapak yang menunjukkan lot berkenaan dan lot-lot sekeliling dan menandakan kedudukan pokok-pokok sedia ada dan jenisnya yang melebihi 0.8 meter ukur lilit yang disahkan oleh Jurukur Tanah Berlesen (termasuk sesalinan Pelan Akui);

     

    • Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) Rujuk Jadual Ringkasan LCP. Perlu dilampirkan borang ringkasan LCP yang lengkap seperti Manual Laporan Cadangan Pemajuan Edisi Kedua (termasuk lampiran-lampiran pemilikan, syarikat pemaju/pemilik dan PSP);

     

    • Bukti pemilikan tanah [carian rasmi (terkini) dan hakmilik tanah/surat wakil kuasa(PA)];

     

    • Salinan resit cukai tanah terkini;

     

    • Salinan resit cukai taksiran terkini atau surat pengesahan cukai taksiran;

     

    • Kiraan fi dan salinan resit bayaran, berdasarkan Jadual Ketiga, Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (Am) (Selangor) 2001 (KPPA);

     

    • Perakuan jalan akses yang sah dari tapak ke jalanraya dan ketika pembinaan;

     

    • Salinan borang senarai semak Improvement Service Fund (ISF); dan

     

    • Salinan Laporan EIA, Salinan Laporan Analisis Implikasi Sosial (SIA), Salinan Laporan penilaian kesan lalu lintas (TIA) dan Laporan Road Safety Audit Stage 1 & 2 (jika berkaitan).

Lampiran

Tiada Lampiran.