Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
286) ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk OKU pada tahun 2015?
a) Kerajaan Negeri telah menyediakan pelbagai program bagi semua golongan dan lapisan masyarakat di Selangor termasuk golongan istimewa ini. Pada tahun 2015, sebanyak RM270,000.00 telah diperuntukkan oleh Jawatankuasa Tetap Kebajikan untuk melaksanakan program-program yang bertujuan untuk membantu golongan OKU mendapatkan kemahiran dan pembelajaran bagi memberi peluang kepada mereka mempelajari menguruskan kehidupan dengan lebih
-
Nyatakan jumlah penerima bantuan OKU mengikut jenis dan daerah?
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM174,600.00 telah diperuntukkan dengan melaksanakan program Job Placement untuk membantu golongan OKU lepasan sekolah menengah meneruskan pembelajaran di peringkat sijil di dalam bidang Sijil Penyediaan Makanan Dan Masakan di Kagumas Culinary Academy (M) Sdn. Bhd. Sebagai permulaan, seramai 20 orang pelajar OKU yang telah dikenalpasti dan berjaya mendapat tajaan pembiayaan daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk memulakan pengajian pada Oktober 2015 hingga Mac 2016.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan pelbagai bantuan melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Jawatankuasa Tetap Pembangunan Pertanian dan sebagainya. Walaupun bantuan-bantuan ini terbuka kepada semua golongan dan lapisan masyarakat, namun sekiranya terdapat permohonan daripada golongan OKU, mereka akan diberikan keutamaan setelah dinilai mengikut kesesuaian bantuan.