Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
327) ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menyediakan kenderaan untuk pengangkutan OKU dan berapakah yang disediakan
Hanya terdapat tiga (3) PBT yang menyediakan kemudahan untuk pengangkutan OKU iaitu MBSA, MBPJ dan MPSJ. Penyediaan perkhidmatan pengangkutan ini merupakan tanggungjawab sosial dan keprihatinan PBT untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke pusat rawatan dan hospital yang ditetapkan berikutan keperluan penyediaan perkhidmatan pengangkutan kepada golongan OKU adalah terhad dan sukar untuk didapati.
Terdapat juga inisiatif lain yang dilakukan oleh PBT antaranya menyediakan kemudahan pelekat OKU di sekitar kawasan PBT masing-masing dan menyediakan lebih ruangan parkir kereta khas di kawasan awam kepada golongan OKU.
Berikut adalah bilangan kenderaan untuk pengangkutan OKU mengikut PBT :
Bilangan Kenderaan Bil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk Pengangkutan OKU 1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 1 van dan 1 MPV dan bas komuniti 2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2 van transit 3. Majlis Perbandaran Klang (MPK) Tiada 4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Tiada 5. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 4 bas Selangorku 6. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Tiada 7. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tiada 8. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) Tiada 9. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) Tiada 10. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Tiada 11. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Tiada 12. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) Tiada -
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan aksesibiliti OKU di Negeri Selangor?
Kerajaan Negeri melalui PBT sentiasa mengambil berat dan responsif dalam memberi keselesaan dan memenuhi keperluan serta kemudahan aksesibiliti OKU seperti penyediaan ramp, handrail dan tempat kereta khas bagi golongan OKU. Fokus utama adalah di tempat tumpuan orang ramai seperti dewan orang ramai dan bangunan-bangunan agensi kerajaan.
(Jawapan (a) dan (b) telah disediakan oleh Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN)
-
Apakah status penubuhan ÒPusat Didikan dan Terapi Smart SelangorÓ untuk mangsa austime?
Belanjawan 2016 yang diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar di bawah Strategi Ketiga : Mempertingkat Pembangunan Berkualiti Dan Inisiatif Peduli, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 bagi menubuhkan “Pusat Didik Smart Selangor”.
Buat masa ini, Jawatankuasa Tetap Kebajikan sedang meneliti permohonan yang diterima daripada pihak yang berminat untuk menjadi sebagai pengendali Pusat Didik Smart Selangor.
Kerajaan Negeri juga telah membuat lawatan tapak ke pusat rawatan autisme di Klang dan lawatan kedua akan dilaksanakan di Selayang bagi melihat kaedah pelaksanaan, pengurusan operasi dan keperluan teknikal yang bersesuaian untuk digunapakai di peringkat negeri. Justeru itu, pelaksanaan program ini masih diteliti dan pertimbangan Kerajaan Negeri supaya manfaat ini dapat diterima oleh golongan autisme yang memerlukannya.
Dengan penubuhan Pusat Smart Didik Selangor ini adalah diharapkan dapat membantu meringankan beban ibu bapa dalam membayar kos rawatan yang lebih rendah dan berpatutan