Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

264) ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah OKU yang berdaftar di Selangor?

    Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, ‘Orang Kurang Upaya’ termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam

    Berdasarkan rekod melalui Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, bilangan OKU yang berdaftar sehingga 15 Mac 2016 adalah sebanyak 56,855 orang.

    Pada masa ini, OKU didaftarkan kepada tujuh kategori iaitu Pendengaran, Penglihatan, Pertuturan, Fizikal, Masalah Pembelajaran, Mental dan Pelbagai (jika lebih dari satu kategori OKU). Berikut adalah bilangan OKU yang berdaftar mengikut kategori OKU:

     

    BIL. KATEGORI OKU BILANGAN OKU BERDAFTAR
    1. FIZIKAL 21,525
    2. MASALAH PEMBELAJARAN 19,954
    3. PENDENGARAN 4,544
    4. PENGLIHATAN 4,059
    5. MENTAL 3,598
    6. PERTUTURAN 230
    7. PELBAGAI 2,945
    JUMLAH 56,855

     

     

    OKU Fizikal merupakan kategori OKU yang banyak didaftarkan manakala OKU yang masalah pembelajaran merupakan bilangan yang kedua ramai berdaftar sebagai OKU. Dari segi bilangan OKU mengikut daerah, Petaling merupakan daerah yang paling banyak mempunyai OKU berdaftar.

     

    Berikut adalah bilangan OKU yang telah berdaftar mengikut daerah:

     

    BIL. DAERAH BILANGAN OKU

    BERDAFTAR

    1. PETALING (Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya, Selangor)  

    15,344

    2. HULU LANGAT 10,394
    3. KLANG 10,116
    4. GOMBAK 7,212
    5. KUALA SELANGOR 3,343
    6. HULU SELANGOR 2,991
    7. KUALA LANGAT 2,997
    8. SABAK BERNAM 2,507
    9. SEPANG 1,951
    JUMLAH 56,855

     

    Jawapan (a) telah disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

     

  2. Senaraikan kemudahan OKU yang dibina oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2015?

    1. Berikut adalah senarai kemudahan OKU yang dibina oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2015 mengikut PBT di Selangor :

     

     

    PBT KEMUDAHAN OKU YANG DIBINA PADA TAHUN 2015
    MBSA Menaiktaraf Laluan Pejalan Kaki

    ·         Jalan 14/1 (Dari Bangunan SACC hingga Hentian Bandaraya), Seksyen 14

    ·         Persiaran Raja Muda (Dari Pintu Masuk Hotel UiTM ke Jambatan Lebuhraya Persekutuan), Seksyen 1

    ·         Jalan Selayang 27/27, Seksyen 27

    Pemasangan Lampu Isyarat Berbunyi OKU

    ·           Persiaran Kayangan, Seksyen 7

    ·           Persiaran Dato’ Menteri (Sek. Ren. Raja Muda Musa), Seksyen 4

    ·           Persiaran Masjid (Hentian Bas), Seksyen 2

    ·           Persiaran Tasik (Bangunan MRCB), Seksyen 14

    ·           Persiaran Tasik (Kompleks PKNS), Seksyen 14

    ·           Persiaran Perbandaran (hadapan SACC), Seksyen 14

    ·           Persiaran Masijd (simpang masjid Negeri), Seksyen 10

    ·           Persiaran Perbandaran (simpang hdapan Maybank), Seksyen 14

    ·           Jalan Lompat Pagar 13/37 (hadapan Apartment), Seksyen 13

    Penambahbaikan Kemudahan OKU Di Wisma MBSA
    MBPJ TIADA
    MPSJ ·         Laluan pejalan kaki tactile (758 meter) Ramp
    MPKJ TIADA
    MPS TIADA
    MPK TIADA
    MPAJ TIADA

     

    MPSP TIADA
    MDKS TIADA
    PBT KEMUDAHAN OKU YANG DIBINA PADA TAHUN 2015
    MDSB TIADA
    MDHS ·           Bina laluan ramp untuk bangunan 2 tingkat MDHS di Pasar Baru di Hulu Yam Bharu

    ·           Bina 1 unit perhentian bas yang ada laluan ramp OKU

    ·           Bina Laluan ramp untuk laluan jogging di Taman Millenium Kuala Kubu Bharu

    ·           Bina laluan ramp di Pusat Terapi Hulu Tamu Hulu Yam

    Jawapan (b) disediakan oleh Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT) UPEN

     

  3. Nyatakan jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk membantu OKU pada tahun 2015?

    Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM174,600.00 melalui Program Job Placement bagi tujuan membantu golongan OKU menyambung pelajaran diperingkat sijil di institusi pengajian terpilih untuk memberikan bimbingan dan latihan kepada mereka untuk berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri di pusat pengajian yang terpilih selama enam (6) bulan.

    Pada masa ini, pelajar-pelajar berkenaan di dalam peringkat akhir pengajian dan sedang menjalani latihan praktikal di beberapa buah syarikat swasta. Mereka juga berpeluang untuk meneruskan latihan praktikal ini menjadi pekerjaan mereka setelah tamat pengajian. Melalui program ini Kerajaan Negeri telah berjaya sedikit sebanyak mengurangkan bebanan kepada ibu bapa dan memberi peluang kepada golongan OKU memperolehi pendapatan sendiri di samping dapat mempelajari menguruskan kehidupan dengan lebih baik.

Lampiran

Tiada Lampiran.