Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
105) ORANG KURANG UPAYA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan statistik orang kurang upaya dalam empat tahun yang lepas mengikut PBT
Berdasarkanrekod dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor seramai
27,362 orang kurang upaya telah berdaftar di seluruh negeri Selangor dari tahun
2005-2008.
Berikut adalah statistik bilangan OKU yang berdaftar mengikut daerah di
Selangor:
TAHUN
DAERAH 2008
2005 2006 2007 (hingga
MacY
Petaling 917 621 786 1255
Klang 620 575 2728 95
Gombak 549 565 526 128
Hulu Langat 491 255 680 151
Kuala Langat 176 247 777 68
Hulu Selangor 170 331 240 247
Kuala Selangor 187 245 196 28
Sepang 124 281 370 6
Sabak Bernam 165 198 273 218
JUMLAH 3399 3318 6576 2196 -
Berapakah jumlah nilai kelengkapan yang diberikan kepada OKU tahun lepas mengikut PBT?
Berdasarkan sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor jumlah
nilai kelengkapanhanya merujuk kepada BantuanAlat Tiruan/Sokongan.Bil. DAERAH ALAT TIRUAN
KES RM
1 Petalina 46 152,570.00
2 Klana 10 10,450.00
3 Gombak 11 50,683.00
4 Hulu Lanaat 50 143,395.00
5 Kuala Lanaat 3 13,980.00
6 Hulu Selanaor 11 20,825.00
7 Kuala Selanaor 79 22,015.00
8 SeDana 7 19,110.00
9 Sabak Bernam 8 18,263.00
JUMLAH 225 451,291.00 -
Apakah dasar kerajaan negeri ke arah mewujudkan persekitaran yang mesra warga kurang upaya?
Berdasarkan Dasar Orang Kurang Upaya oleh Kerajaan Persekutuan melalui
Kementerian PembangunanWanita, Keluarga dan Masyarakat telah disebutkan
tentang peranan agensi yang terlibat ke arah mewujudkan persekitaran yang
mesra orang kurang upaya. Berikut adalah ringkasan dan petikan Dasar Orang
Kurang Upaya.
DASAR ORANG KURANG UPAYA
1. PENGENALAN
Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada
masyarakat.Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaanhak dan peluang
untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.
Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan
wajar digunakan bagi menjamin kepentingandan kesejahteraanOKU.
2. DEFINISI
OKUadalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka
masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau
pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan
mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara
efektif dalam masyarakat.
3. PERNYATAAN DASAR
Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU
bagi penyertaan penuh dalam masyarakat.Dasar ini turut mengutamakan
nilai hak kemanusiaan seperti kemuliaan, kehormatan dan kebebasan
bagi membolehkanmereka hidup berdikari.
BANTUAN
Bil. DAERAH ALAT TIRUAN
KES RM
1 Petalina 46 152,570.00
2 Klana 10 10,450.00
3 Gombak 11 50,683.00
4 Hulu Lanaat 50 143,395.00
5 Kuala Lanaat 3 13,980.00
6 Hulu Selanaor 11 20,825.00
7 Kuala Selanaor 79 22,015.00
8 SeDana 7 19,110.00
9 Sabak Bernam 8 18,263.00
JUMLAH 225 451,291.00
— – – – – –
4. OBJEKTIF DASAR
Dasar OKU menetapkan empat objektif berikut:
4.1.1 Memberi pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa OKU
mempunyai hak dan peluang yang sarna bagi penyertaan penuh
dalam masyarakat;
4.1.2 Memastikan OKU menikmati hak, peluang dan akses secara
saksama di bawah undang-undangnegara;
4.1.3 Menghapuskan diskriminasi terhadap seseorang atas sebab
ketidakupayaannya;dan
4.1.4 Mendidik dan meningkatkankesedaranmasyarakat mengenai hak
OKU.
5. STRATEGI
Strategi di bawah Dasar OKU terbahagi kepada 15 bidang dan salah satu
bidang adalah berkenaan aksesibiliti iaitu:
5.1 AKSESIBILITI
(i) Memastikan penyediaan persekitaran bebas halangan (barrierfree) termasuk kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat
kerja. kawasan perumahanserta ruang awam;
(ii) Meningkatkan penyediaan kemudahan pengangkutanawam yang
mesra OKU; dan
(ii) Menggalakkan penyediaan kemudahan serta akses kepada
teknologi maklumat dan komunikasi(ICT).