Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
220) ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) DALAM SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pangkalan data Orang Kelainan Upaya (OKU) yang ingin bekerja di dalam sektor perkhidmatan awam atau di bawah Kerajaan Negeri Selangor? Sekiranya, sila senaraikan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN Selangor) yang berfungsi melantik anggota perkhidmatan awam Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai pangkalan data pemohon di kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU). Walau bagaimanapun, permohonan pekerjaan daripada pemohon OKU adalah diberi perhatian sewajarnya sekiranya memenuhi syarat skim perkhidmatan yang ditetapkan dan kelainan upaya pemohon bersesuaian serta tidak menjadi halangan dalam melaksanakan tugas sekiranya dilantik ke sesuatu jawatan.