Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

210) ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah statistik Orang Kelainan Upaya (OKU) mengikut kategori di dalam Daerah Kuala Selangor?

    1. Jumlah OKU mengikut kategori yang berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat di Daerah Kuala selangor adalah seperti berikut:

     

    KATEGORI BILANGAN
    (ORANG)
    Fizikal 2803
    Pembelajaran 2230
    Penglihatan 462
    Mental 351
    Pendengaran 333
    Pelbagai 310
    Pertuturan 26
    Jumlah 6515
  2. Apakah bentuk bantuan dan bimbingan lain yang diberikan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan OKU selain elaun bulanan yang diberikan oleh JKM?

    Kerajaan Negeri menyediakan bantuan Skim Mesra Insan Istimewa yang mencakupi bantuan baucer beli belah berjumlah RM150 secara one-off serta bantuan khairat kematian berjumlah RM500 kepada ahli aktif Skim yang merupakan pemegang kad OKU. Selain itu, Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) adalah terbuka untuk semua golongan yang berkelayakan termasuk golongan Orang Kurang Upaya serta ibu bapa kepada anak istimewa. Bantuan ini bertujuan bagi meringankan beban kos sara hidup terutama mereka yang berpendapatan rendah bagi menampung keperluan kehidupan asas yang semakin mencabar pada masa kini.

  3. Apakah perancangan khusus Kerajaan Negeri bagi membantu usahawan OKU bagi mengembangkan perniagaan mereka?

    Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Keusahawan dan Jawatankuasa Tetap Kemiskinan telah menyediakan pelbagai insentif dan bantuan bagi memastikan golongan sasar termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) agar mampu menjana ekonomi untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. Di antara tindakan Kerajaan Negeri melalui pelbagai insentif dan bantuan yang disediakan adalah seperti Program Bantuan ‘BluePrint’ Pembasmian Kemiskinan, Geran Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS) dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.