Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

154) ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar negeri untuk manfaat OKU?

    Kerajaan Negeri telah menetapkan beberapa dasar OKU bagi memastikan mereka mendapat manfaat yang sama rata di dalam kehidupan bermasyarakat. Dasar-dasar  berkenaan adalah seperti berikut:-

    1. Welfare :

    Dasar ini adalah merupakan bentuk pemberian bantuan sahaja kepada golongan OKU yang layak dan tidak berupaya untuk bekerja disamping ianya dapat membantu mereka menyara kehidupan walaupun dengan hanya bergantung kepada bantuan-bantuan yang disediakan oleh agensi tertentu.

    1. Welfare To Workfare :

    Dasar ini akan membenarkan untuk mempertimbangkan bantuan dalam bentuk kewangan atau kemahiran dan akan diberikan kepada golongan OKU yang berpotensi untuk memajukan diri sama ada dalam bidang perniagaan atau sebagainya bagi menyara kehidupan mereka. Bimbingan dan latihan juga akan diberikan mengikut kesesuaian bidang yang diceburi dan akan memastikan mereka berkemampuan untuk memajukan diri mereka sendiri.

    1. Accessibility For All :-

    Dasar ini adalah untuk memastikan golongan OKU mempunyai hak untuk berdikari dalam menjalani kehidupan harian. Kemudahan asas yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu dipastikan dan disyaratkan supaya kemudahan-kemudahan itu dapat diakses dan digunakan oleh semua kategori golongan OKU dalam menjalankan urusan harian.

    1. Job Placement :-

    Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan dan memberi peluang untuk menempatkan golongan OKU lepasan sekolah menengah yang layak di sektor perkerjaan yang bersesuaian. Mereka akan diberi bimbingan dan latihan oleh agensi-agensi terpilih selama 5 hingga 6 bulan. Ini akan memberi peluang kepada mereka untuk mempunyai pendapatan sendiri dengan berdikari untuk tempoh jangka panjang.

  2. Apakah insentif kerajaan bagi penyediaan kemudahan OKU di bangunan- bangunan awam dan swasta?

    Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan golongan OKU dapat menikmati dan mengakses kemudahan yang disediakan sama ada di bangunan-bangunan awam dan swasta. Bagi bangunan kerajaan sedia ada, Kerajaan Negeri telah menetapkan supaya setiap bangunan dinaiktaraf untuk mudah diakses oleh golongan OKU seperti tandas, TLK, ramp dan sebagainya serta menyediakan kaunter khas bagi memudahkan golongan OKU berurusan di kaunter.

    Bagi bangunan swasta pula, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengeluarkan notis arahan kepada pemilik bangunan, iaitu di pasar raya dan kawasan komersial untuk menyediakan kemudahan asas seperti tandas, TLK, ramp dan laluan pejan kaki bertanda bagi kemudahan golongan ini.

    Manakala bagi pembangunan baru, setiap pemaju perumahan telah disyaratkan untuk menyediakan kemudahan OKU di setiap projek pembangunan perumahan melalui syarat pemberian kelulusan di peringkat pelan kebenaran merancang (Jabatan Perancang) dan pelan bangunan (Jabatan Bangunan) di setiap PBT. Ianya perlu dipatuhi oleh setiap kontraktor sebagaimana yang telah digariskan dalam pindaan Undangundang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) 1984 melalui Seksyen 34A. Dengan kemudahan-kemudahan yang telah disediakan ini, Negeri Selangor akan terus memastikan keperluan golongan OKU tidak dipinggirkan dalam semua aspek dan akan memastikan mereka mendapat hak yang sama seperti masyarakat normal.

  3. Nyatakan program dan skim khas yang disediakan untuk pembangunan golongan OKU?

    1. Pelbagai program dan skim yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri dan lain-lain agensi sama ada agensi kerajaan dan agensi swasta dalam usaha untuk meningkatkan pembangunan golongan OKU. Antaranya adalah seperti berikut:-

     

    BIL AGENSI PELAKSANA PROGRAM ATAU SKIM YANG DISEDIAKAN
    1. Kerajaan Negeri Selangor Skim Mesra Usia Emas Dan OKU

    •      Bantuan sebanyak RM2,500.00 akan diberikan kepada waris keluarga OKU yang telah meninggal dunia untuk meringankan beban mereka dalam urusan jenazah dan pengkebumian.

    Mikrokredit OKU

    •      Membantu golongan OKU yang berpotensi menjalankan perniagaan dengan bantuan modal melalui skim mikrokredit yang ditawarkan sama ada yang tinggal di bandar (MiMBAR) atau pun di luar bandar (SkimSel).

    Penempatan pekerja OKU (Job Placement ):-

    •      Bimbingan dan latihan akan diberikan kepada OKU lepasan sekolah menengah yang layak selama 5 hingga 6 bulan untuk melatih mereka berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri.

    Pelekat Kenderaan OKU

    •      Menyediakan pelekat kenderaan OKU sebagai kemudahan OKU menggunakan kemudahan di tempat letak kenderaan secara percuma.

    Bantuan Infra perseorangan/pertubuhan

    •      Menyediakan bantuan infrastruktur kepada kediaman individu atau pertubuhan OKU yang memerlukan. 10 permohonan awal yang diterima akan dipertimbangkan dan dinilai mengikut kelayakan yang telah ditetapkan. Bantuan maksimum sebanyak RM5,000.00 bagi setiap permohonan.

    BIL AGENSI PELAKSANA PROGRAM ATAU SKIM YANG DISEDIAKAN
        Kerajaan Negeri juga sedang mempertimbangkan untuk menyediakan elaun kepada golongan OKU. Elaun ini akan dikaji dan dinilai dengan lebih teliti untuk pelaksanaannya bagi memastikan manfaat ini

     

        dapat dinikmati oleh OKU secara optimum.
    2. Jabatan Kebajikan Masyarakat Bantuan Kewangan

    v  Elaun Pekerja Cacat (EPC) – (RM300)

    v  Bantuan am – (RM80)

    v  Geran Pelancaran- (RM2700)

    v  Bantuan Alat Tiruan/Sokongan

    v  Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja(BTB) (RM 150)

    v  Bantuan Penjagaan OKU Terlantar  Dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT) -(RM300)

    Perkhidmatan Institusi

    v  Pusat Pemulihan dalam Komuniti

    v  Institusi Penjagaan dan Pemulihan Taman Sinar Harapan

    v  Bengkel Terlindung

    v  PLPP Bangi

    v  Khidmat nasihat dan Kaunseling

    Akses perkhidmatan OKU- JKM

    Pendaftaran dan Pengeluaran Kad OKU

     

    BIL AGENSI PELAKSANA KEMUDAHAN  OKU YANG DISEDIAKAN
    2. Kementerian/Agensi  Kerajaan lain
      2.1    Kementerian

    Pengangkutan/Jabatan

    Pengangkutan Jalan

    Pengecualian Cukai Jalan

    Kepada OKU fizikal – kereta, van, motosikal buatan tempatan sahaja

      2.2  Kementerian Pengangkutan/

    Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan

    Semenanjung Malaysia

    SPAD

    Kemudahan Pengangkutan Awam

    v  Potongan harga sebanyak 25% kepada OKU & warga tua 60 tahun ke atas bagi semua bas ekspress (mulai 20 Julai 2009)

    v  Potongan harga sebanyak 50% kepada OKU yang menaiki bas henti –henti

      2.3    Kementerian Pelajaran/Bahagian

    Pendidikan Khas

    Program Pendidikan Khas
      2.4   Kementerian Pelajaran v  Program Pendidikan Integrasi

    v  Elaun  RM150.00 sebulan kepada Pelajar OKU Sekolah Rendah dan Menengah

      2.5    Kementerian    Pengajian Tinggi    Malaysia/Bahagian

    Biasiswa

    Bantuan Kewangan Pelajar OKU IPT

    –       Diberikan kepada pelajar OKU yang mengikuti pengajian tertiari (Diploma Keatas) secara sepenuh masa di

    IPTA,IPTS,Politeknik &Kolej Komuniti

    –       Berbentuk bayaran yuran & wang saku.

    Tidak     lebih     RM5,000          setahun     atau

    RM20,000 sepanjang pengajian.

    –       Bantuan Kewangan kepada pelajar OKU IPT tempatan (separuh masa/ (Pengajian Jarak Jauh) – Tidak lebih RM5,000  setahun atau RM20,000 sepanjang pengajian, tetapi hanya bayaran yuran pengajian sahaja.

     

    BIL   AGENSI PELAKSANA KEMUDAHAN  OKU YANG DISEDIAKAN
          Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas di Politeknik/Kolej Komuniti

    –       Diberikan kepada Pelajar OKU Pendengaran

    – mengikuti Program Pendidikan Khas di

    Politeknik terpilih.

    –       Kadar bantuan adalah RM3360 /semester mengambil kira bantuan yuran,sara hidup, penginapan dan alat bantuan belajar.

    Saluran Khas pengambilan OKU di IPTA

    –       Menerusi saluran Khas (tidak perlu bersaing dengan kategori biasa) kelayakan minima.

    –       Penempatan universiti disesuaikan dengan kemudahan dan bidang yang disediakan oleh IPTA.

      2.6 Kementerian Kewangan /Lembaga Hasil Kemudahan dan Galakan Pelepasan Cukai Pendapatan

    –       Pelepasan Cukai Berganda – majikan yang melatih & mengambil pekerja OKU.

    –       Pelepasan cukai RM5000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak OKU.

    –       Pelepasan cukai RM5000 bagi pembelian alat-alat khas untuk kegunaan sendiri, anak atau ibu bapa OKU.

    –       Mulai 2005 Pelepasan cukai diri sebanyak RM6000 kepada OKU& pasangan OKU (dari RM3,000 kepada RM3,500)

    –       Pengecualian 100 peratus Duti Eksais ke atas kenderaan OKU

     

    BIL   AGENSI PELAKSANA KEMUDAHAN  OKU YANG DISEDIAKAN
          Dengan syarat-syarat berikut:-

    •      Pemohon berdaftar dengan JKM

    •      Kenderaan tidak boleh dijual atau ditukar milik sehingga tamat tempoh 5 tahun kecuali dengan kebenaran Perbendaharaan;

    •      Pengecualian hanya dibenarkan untuk sebuah kenderaan bagi setiap  5 tahun. ( Berdasarkan pembentangan bajet tahunan)

      2.7 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Kadar sewa rumah yang rendah
      2.8 Kementerian

    Kewangan/Syarikat

    Perumahan Negara Berhad

    (SPNB)

    Potongan Harga 20% pembelian rumah
      2.9 Kementerian Kesihatan Pengecualian  bayaran rawatan perubatan

    –       Bayaran Wad kelas 3 dan Pakar

    –       Bayaran Ubat

    –       Hanya hospital kerajaan

      2.10 Kementerian Sumber

    Manusia/Jabatan Tenaga

    Kerja

    Kemudahan Peluang Pekerjaan

    –       Pekeliling Perkhidmatan Bil.3/2008 Dasar

    1% Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam kepada OKU.

    –       Perkhidmatan   Pendaftaran Pekerjaan secara online.

    Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU

    (SBGP – OKU) –one off

    –       Telah berniaga dan berusia18 tahun ke atas

    –       Individu atau kelompok

     

    BIL   AGENSI PELAKSANA KEMUDAHAN  OKU YANG DISEDIAKAN
      2.11 Jabatan Tenaga Kerja Kemudahan Peluang Pekerjaan

    Bagi Sektor swasta, Jawatankuasa

    Penggalakkan Pengajian Orang Cacat di Sektor Swasta telah ditubuhkan pada tahun 1990 mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta.

      2.12 Kementerian Hal Ehwal

    Dalam Negeri / Jabatan Imigresen

    Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan Paspot
      2.13 Jabatan Pendaftaran Negara Pengecualian bayaran :-

    –       Membuat MyKad

    –       Carian daftar  Kelahiran dan Kematian

      2.14 Kementerian Kewangan Pengecualian         duti     impot alat      ganti tiruan/sokongan
      2.15 Jabatan Perkhidmatan

    Awam

    Pencen Terbitan

    –     Anak penjawat awam yang telah meninggal dunia.

    Waktu  Bekerja Anjal

      2.16 Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi/ Telekom Malaysia Kemudahan  Telekom Malaysia di bawah Pakej Penyayang( percuma sewa bulanan talian telefon kediaman dan percuma untuk perkhidmatan panggilan menunggu atau pemindahan panggilan.
      2.17 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Majlis Kerajaan Tempatan Kod Amalan Akses bagi OKU;-

    –       Bangunan baru wajib ada ram dan railing

    –       Laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda

    –       Lif Khas dengan rekebentuk sesuai

    –       Tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.

     

    BIL AGENSI PELAKSANA KEMUDAHAN  OKU YANG DISEDIAKAN
      2.18    Kementerian Perdagangan

    Dalam Negeri, Koperasi Dan Penggunaan melalui agensinya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

    Pengecualian bayaran permohonan baru dan memperbaharui Sijil Perakuan Perniagaan bagi OKU.
    3. Agensi Swasta

    3.1       Perkhidmatan Penerbangan Malaysia Airlines (MAS)

    Memberi diskaun 50% bagi penerbangan dalam negeri
      3.2       Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTMB) (KTMB) Antarabandar

    –       Memberi diskaun 50% ke atas tambang perjalanan bagi semua kelas.

    Perkhidmatan KTM Komuter

    –       Memberi diskaun 50% ke semua destinasi

      3.3       Sistem Transit Aliran Ringan (RapidKL) Memberi diskaun 50% ke semua destinasi

    –       Laluan Ampang dan Sri Petaling

    –       Laluan Kelana Jaya

      3.4       Telekom Malaysia Kemudahan  Telekom Malaysia di bawah Pakej Penyayang (percuma sewa bulanan talian telefon kediaman dan percuma untuk perkhidmatan panggilan menunggu atau pemindahan panggilan).
      3.5       Universiti Terbuka Malaysia 75% potongan yuran pengajian

Lampiran

Tiada Lampiran.