Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

322) ORANG ISLAM DAN MASJID

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik jumlah orang Islam di Selangor mengikut daerah?

    Jumlah orang Islam di Selangor mengikut banci terkini (2010) ialah seramai 3,161,994 orang. Walaubagaimanapun, tiada maklumat mengenai pecahan mengikut daerah diperolehi.

  2. Nyatakan statistik bilangan masjid dan surau mengikut daerah?

    Statistik jumlah masjid dan surau:

    BIL DAERAH BILANGAN
    MASJID SURAU
    1. HULU LANGAT 49 351
    2. PETALING 80 376
    3. KLANG 45 196
    4. GOMBAK 42 209
    5. SEPANG 25 79
    6. HULU SELANGOR 23 157
    7. KUALA LANGAT 33 126
    8. KUALA SELANGOR 57 156
    9. SABAK BERNAM 47 216
    JUMLAH 401 1866
  3. Adakah bilangan masjid dan surau mencukupi dengan bilangan orang Islam?

    Keperluan kepada pembinaan masjid dan surau baru sentiasa bertambah akibat daripada peningkatan jumlah penduduk dan kepesatan pembangunan serta kewujudan kawasan perumahan yang baru di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.