Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

74) ORANG ASLI ISLAM DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah Orang Asli Islam di Selangor?

    Jumlah Orang Asli Islam di Negeri Selangor adalah sebanyak 5330 orang.

  2. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan bantuan Hari Raya kepada mereka dan jumlahnya?

    Bantuan berupa saguhati Hari Raya dari DYMM Sultan Selangor berjumlah RM500.00 seorang. Jumlah penerima adalah seperti berikut:

    Bil Daerah Jumlah
    1 Sepang 87 orang
    2 Hulu Selangor 70 orang
    3 Kuala Langat 128 orang
    4 Petaling Jaya 148 orang
    5 Hulu Langat 127 orang
    6 Klang 30 orang
    7 Gombak 67 orang
    Jumlah keseluruhan 657 orang

     

Lampiran

Tiada Lampiran.