Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
199) ORANG ASLI DI DAERAH HULU SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Status terkini usaha pemetaan kawasan Orang Asli di Daerah Hulu Selangor untuk menjamin Tanah Adat atau Tanah Saka Orang Asli?
Di daerah Hulu Selangor terdapat 15 kampung Orang Asli. Dari jumlah tersebut sebanyak 2 kampung telah diwartakan sebagai kawasan atau rizab orang asli manakala jumlah selebihnya telah dikemukakan permohonan kepada pihak berkuasa negeri untuk tujuan pewartaan. Maklumat kampung berkenaan terdapat di lampiran.
-
Jumlah bantuan Kerajaan Negeri kepada orang asli di Daerah Hulu Selangor dari segi bekalan elektrik, bekalan air bersih dan menurap jalan. Sila berikan butir- butir
Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli telah menyediakan kemudahan asas untuk perkampungan orang asli di Daerah Hulu Selangor seperti berikut :-
- Bekalan elektrik luar bandar – kesemua 15 buah kampung telah mendapat
bekalan elektrik talian grid (24 jam)
- Bekalan air bersih – kesemua 15 buah kampung telah dibekalkan dengan
bekalan air bersih
- Jalan perhubungan – kesemua 15 buah kampung telah mempunyai kemudahan jalan premix sebagai jalan perhubungan penduduk kampung dengan pihak luar.