Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

58) ORANG ASLI DALAM SISTEM PENJAWAT AWAM

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bilangan dan peratus Orang Asli dalam penjawatan awam Kerajaan Negeri?

    Berikut adalah bilangan dan peratus Orang Asli dalam penjawatan awam Kerajaan Negeri.

  2. Apakah bilangan dan peratus Orang Asli di JAKOA Selangor?

    Sehingga Januari 2024, seramai 29 orang iaitu (35%) dari 83 perjawatan sedia ada telah bekerja di JAKOA Selangor yang merangkumi perjawatan lantikan tetap dan kontrak.

  3. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan minat Orang Asli untuk menyertai penjawatan awam terutamanya dalam bidang berkaitan kebajikan Orang Asli?

    Kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada masyarakat orang Asli yang berkelayakan untuk menyertai pekerjaan dalam sektor kerajaan terutamanya yang memohon untuk bekerja di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Sebarang iklan kekosongan jawatan samada secara lantikan tetap, kontrak atau MyStep akan dibuat hebahan di media sosial rasmi Jabatan. Selain itu, libat urus bersama Jabatan yang bertanggungjawab dalam pelantikan ke Jabatan Kerajaan sering dibuat bagi melihat peluang yang sesuai kepada masyarakat Orang Asli.

    Di pihak Kerajaan Negeri Selangor, usaha bagi meningkatkan tahap pendidikan masyarakat Orang Asli, turut menjadi keutamaan supaya jumlah penjawat awam dari kalangan Orang Asli dapat ditingkatkan dari masa ke semasa. Pada masa ini seramai 37 orang anak Orang Asli di Selangor mendapat kemudahan  biasiswa iaitu biasiswa khas untuk orang asli iaitu Biasiswa Sagong Tasi dan bilangan penerima biasiswa tersebut adalah seperti berikut:

    Penerima tersebut adalah bagi mereka yang memenuhi syarat antaranya sebagai satu galakan untuk mereka hadir ke sekolah dan melanjutkan pelajaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.