Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

75) ORANG ASAL

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status Projek Pemetaan Kampung-kampung Orang Asal dan pewartaan tanah perkampungan di Selangor?

    Menerusi peruntukan Perlembagaan Malaysia dan Akta Orang Asli 1954, Jabatan Kemajuan Orang Asli selaku Jabatan Persekutuan bertanggungjawab terhadap kebajikan, kesejahteraan dan kemajuan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Istilah Orang Asli telah dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Orang Asli 1954. Orang Asli yang dimaksudkan adalah Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang meliputi tiga kaum utama iaitu Senoi, Melayu-Proto dan Negrito. Menurut Surat Pekeliling Am Bilangan 5 Tahun 1974 mengenai panggilan terhadap Orang Asli, pihak Kerajaan Persekutuan telah menekankan penggunaan istilah Orang Asli yang lebih positif dan seragam terhadap tiga kumpulan kaum utama masyarakat berkenaan sebagai memberi pengiktirafan kepada kaum berkenaan yang merupakan antara masyarakat pribumi terawal di negara ini. JAKOA yang berperanan bagi pembentukan Masyarakat Orang Asli lebih progresif dan dinamik dalam memajukan Masyarakat Orang Asli setanding dengan masyarakat arus perdana.  Peranan JAKOA hanya kepada Masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia sahaja. Oleh itu tidak wujud istilah Orang Asal di dalam pentadbiran Jabatan ini.

  2. Apakah status dan perancangan dalam meningkatkan literasi dan pencapaian pendidikan Orang Asal?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Apakah rancangan dalam pemeliharaan bahasa, budaya dan adat Orang Asal?

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.