Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

103) OPS MUNGKAR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mantan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam pernah turun padang dalam Ops Mungkar bagi membanteras premis hiburan tidak bermoral dan tidak berlesen. Apakah pendekatan yang diambil oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam baru untuk membanteras masalah moral dan maksiat di kalangan orang Islam?

    Pendekatan yang diambil melalui Jabatan Agama Islam Selangor untuk membanteras masalah moral dan maksiat di kalangan orang Islam ialah dengan memberikan tumpuan dakwah yang berterusan dan penerangan mengenai Enakmen Jenayah Syariah di peringkat akar umbi serta pendidikan diperingkat pra sekolah sehinggalah ke IPTA / IPTS. Menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Melalui Jabatan Agama Islam Selangor.

  2. Adakah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam baru sanggup turun padang menunjukkan teladan dan sikap serius?

    Dalam hal ini, usaha akan diteruskan bagi memastikan perkara-perkara mungkar akan dapat dibanteras dan dikawal dari terus berleluasa.

  3. Adakah kerajaan negeri mendapat sokongan dari agensi-agensi kerajaan pusat dalam melaksanakan OPS seperti ini?

    Kerajaan pusat sentiasa menyokong kerajaan negeri dalam melaksanakan ops bagi membanteras premis hiburan tidak bermoral dan tidak berlesen. Malah ketika melakukan ops bagi membanteras pusat hiburan, ops turut dibantu PBT dan juga kerajaan pusat seperti PDRM, Imigresen, AADK dan lain – lain.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.