Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
263) OPS LUMPUR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah OPS Lumpur mengurangkan isu-isu banjir di Negeri Selangor? Sila nyatakan bilangan operasi yang telah dijalankan
OPS Lumpur berperanan sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan kejadian banjir lumpur dikawasan hilir sesuatu pembangunan dengan pengawalan hakisan tanah dan seterusnya pemendapan disaluran atau sungai dibahagian hilir. OPS Lumpur dijangka telah mengurangkan kejadian banjir lumpur secara tidak langsung. Pada tahun 2016 sebanyak 52 operasi telah dijalankan dan pada tahun 2017 sebanyak 55 operasi disasarkan. Sehingga bulan Mac 2017, sebanyak 7 operasi telah dijalankan.
-
Berapakah kes yang tidak mematuhi skop yang digariskan dan sila nyatakan tindakan penguatkuasaan mengikut PBT?
Pada tahun 2016 sebanyak 26 kes yang tidak mematuhi skop. Kes yang tidak mengikut spesifikasi adalah seperti di lampiran berikut: