Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

25) OPERASI PUSAT HIBURAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kekerapan operasi membanteras pusat hiburan haram tersebut?

    Kekerapan operasi membanteras pusat hiburan haram adalah berbeza mengikut keperluan Pihak Berkuasa Tempatan. Namun, setiap PBT mempunyai inisiatif tersendiri dan telahpun merancang operasi penguatkuasaan secara berkala yang bakal dilaksanakan bagi memastikan premis-premis pusat hiburan haram dapat dibanteras. Di samping itu juga, terdapat operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan secara ad hoc berdasarkan aduan-aduan yang diterima dan operasi yang dilaksanakan secara bersepadu bersama agensi-agensi luar seperti PDRM, JAIS, dan AADK.

  2. Adakah YB Ahli EXCO dan ADUN-ADUN kerajaan negeri telah dan sedia turun padang mengetuai operasi tersebut?

    Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, YB Ahli EXCO dan ADUN-ADUN sentiasa bersedia untuk menyertai operasi penguatkuasaan ke atas pusat hiburan haram yang terdapat di sekitar Selangor. Ini kerana, operasi penguatkuasaan secara bersepadu merupakan salah satu kaedah terbaik di dalam menangani masalah yang melibatkan pusat hiburan haram.

Lampiran

Tiada Lampiran.