Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
132) OPERASI PERLOMBONGAN DAN MENCUCI PASIR
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan kawasan-kawasan yang telah diluluskan dan sedang beroperasi mengikut daerah.
Secara keseluruhannya kawasan-kawasan yang telah diluluskan dan sedang beroperasi bagi pengeluaran pasir di Negeri Selangor adalah sebanyak 69 kawasan dan pecahan mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.
-
Berapakah jumlah pendapatan Kerajaan berbanding kerugian (curi pasir) melalui operasi perlombongan dan mencuci pasir?
Pendapatan Kerajaan melalui operasi perlombongan dan mencuci pasir adalah seperti jadual di bawah :
Jumlah kerugian bagi aktiviti kecurian pasir, tiada angka yang dapat diberikan memandangkan ianya tiada direkodkan. Walaubagaimanapun Kerajaan Negeri memandang serius isu kecurian pasir yang berlaku di Negeri ini. Dengan penuh rasa komited dan tanggungjawab, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan sistem Smart Docket yang mana ianya adalah sebuah sistem yang dibangunkan untuk memantau segala rekod pengeluaran bahan batuan yang telah mendapat kelulusan permit pengeluaran. Sistem ini juga mampu untuk meminimakan ketirisan hasil Kerajaan Negeri yang berlaku hasil pengeluaran tanpa kebenaran. Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) boleh memantau secara dalam talian dan secara langsung (real time monitoring) setiap pengeluaran yang berlaku.
-
Nyatakan syarikat atau konsesi yang telah diluluskan untuk pengoperasian pasir di bawah Kumpulan Semesta.
Senarai nama syarikat atau konsesi yang telah diluluskan untuk pengoperasian pasir di bawah Kumpulan Semesta yang terdapat di Daerah Petaling, Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Kuala Selangor adalah seperti di Lampiran B yang melibatkan 36 tanah Kerajaan dan 35 tanah milik.