Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

9) OPERASI PEMBERSIHAN KAWASAN PASCA BANJIR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kos keseluruhan bagi operasi pembersihan kawasan pasca banjir di Negeri Selangor?

    Kos keseluruhan bagi operasi pembersihan kawasan pasca banjir di Negeri Selangor adalah berjumlah RM14,183,000.00. Perincian kos adalah seperti berikut:

  2. Nyatakan kawasan-kawasan yang paling terjejas teruk akibat banjir.

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, sejumlah 592 kawasan yang terjejas banjir telah dikenalpasti. Perincian senarai kawasan mengikut Daerah seperti berikut :
    BIL. DAERAH JUMLAH LOKASI
    1. PETALING 61
    2. KLANG 93
    3. HULU LANGAT 92
    4. KUALA LANGAT 81
    5. KUALA SELANGOR 67
    6. SEPANG 91
    7. GOMBAK 45
    8. SABAK BERNAM 40
    9. HULU SELANGOR 22
    JUMLAH 592
  3. Nyatakan agensi yang terlibat dalam membantu melancarkan operasi pembersihan banjir di Selangor.

    Agensi yang terlibat dalam membantu melancarkan operasi pembersihan banjir di Selangor adalah Pihak Berkuasa Tempatan, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), KDEB Waste Management Sdn Bhd, syarikat konsesi dan pelbagai agensi, selain turut dibantu sukarelawan daripada badan bukan kerajaan (NGO), komuniti serta parti politik membantu pembersihan di kawasan banjir bagi mengelak kemunculan bakteria yang boleh mengundang penularan penyakit berjangkit.

Lampiran

Tiada Lampiran.